Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776739
Title: | Sastera Melayu baru dalam gelombang kosmopolitanisme di Singapura |
Authors: | Masuri S.N. |
Conference Name: | Pertemuan Dunia Melayu |
Keywords: | Sastera Melayu Melayu baru Singapura |
Conference Date: | 1982-12-18 |
Conference Location: | Melaka |
Abstract: | Kertas kerja ini cuba menerangkan kedudukan sastera Melayu baru sekarang di tengah gelombang kosmopolitanisme di Singapura. Terutamanya, dibicarakan secara ringkas lebih dahulu tentang latar belakang kehidupan di Singapura pada umumnya dan masyarakat Melayu pada khususnya. Di samping itu, dibentangkan juga masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh penulis-penulisnya serta kemungkinan masa depan sastera Melayu baru di Singapura. Memikirkan tajuk yang diberi, saya dapati agak sukar untuk terus memperkatakannya, jika tidak lebih awal lagi saya batasi definisi dan pengertian yang mengikutinya. Terlebih dahulu, baik saya jelaskan di sini bahawa pengertian yang saya gunakan untuk 'sastera Melayu baru' di sini ialah hasil karya sastera kreatif yang diterbitkan oleh penulis-penulis di Singapura mulai tahun 1965, iaitu kira-kira tarikh perpisahan Singapura dari Malaysia hinggalah ke hari ini. Ini dilakukan kerana, menurut pendapat saya, sebelum terjadinya perpisahan tersebut, penulis-penulis Melayu di Singapura yang menghasilkan karya-karya kreatif sentiasa menganggap karya-karyanya itu adalah terjumlah ataupun termasuk ke dalam hitungan karya-karya sastera Melayu Malaysia. Bahkan, tanggapan ini terus berjalan sehingga kira-kira dalam awal tahun tujuh puluhan pun. Hampir rata-rata, penulis Melayu di Singapura yang menghasilkan karya sastera Melayu baru itu masih berasa dalam keterikatannya yang amat sebati dengan sastera Melayu di Malaysia. Ini berlaku kerana, biarpun dengan tiba-tiba mereka terputus oleh sebab-sebab politik tetapi pada peringkat awalnya, penulis yang menghasilkan karya kreatif di Singapura masih terus merasakan bahawa mereka adalah sebahagian dari penulis di Malaysia, kerana mereka menggunakan bahasa yang sama sebagai media untuk karya-karyanya. |
Pages: | 1-13 |
Call Number: | DS594.P4767 1982 sem |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.