Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776636
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Roy Anthony Rogers | - |
dc.date.accessioned | 2024-11-22T01:57:28Z | - |
dc.date.available | 2024-11-22T01:57:28Z | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776636 | - |
dc.description.abstract | Afghanistan merupakan salah satu kawasan pengeluaran candu yang terbesar di dunia. Perniagaan narkotik di Afghanistan bermula semenjak 1980an ketika pendudukan Soviet Union. Perang Afghanistan merupakan antara punca utama yang menyumbang kepada perkembangan perniagaan narkotik di Asia Tengah. Kumpulan Mujahidin terlibat dalam perniagaan narkotik demi memperolehi sumber kewangan bagi menentang pendudukan Soviet Union. Mereka menggalakkan para petani di kawasan pergunungan Afghanistan untuk menanam popi bagi menghasilkan candu untuk diproses menjadi heroin. Keadaan geografi Afghanistan juga menggalakkan perniagaan narkotik kerana bentuk muka buminya yang bergunung-ganang amat sesuai bagi penanaman popi. Di samping faktor dalaman Afghanistan telah menjadi mangsa percaturan politik kuasa-kuasa besar ketika Perang Dingin. Amerika Syarikat, melalui agensi perisikannya Central Intelligence Agency (CIA) memberi sokongan kepada kumpulan Mujahidin yang terlibat dalam perniagaan narkotik. CIA sanggup bekerjasama dengan Mujahidin semata-mata untuk menewaskan Soviet Union. Perniagaan narkotik diambil alih oleh panglima-panglima tempatan atau warlords selepas pengunduran Soviet Union pada 1989. Sewaktu perang saudara di Afghanistan, kumpulan-kumpulan yang menentang kerajaan pimpinan Rabbani seperti Taliban telah terlibat dalam perniagaan narkotik sebagai sumber kewangan. Apabila Taliban mengambil pemerintahan Afghanistan mereka masih meneruskan perniagaan narkotik. Amerika Syarikat mendakwa bahawa Taliban menggunakan hasil kekayaan daripada perniagaan narkotik untuk membantu kumpulan-kumpulan pengganas seperti al-Qaeda. Bagaimana pun Amerika Syarikat perlu menerima hakikat bahawa suatu ketika dahulu mereka pernah bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam perniagaan narkotik di Afghanistan. Kini, masalah narkotik telah merebak ke negara-negara di rantau Asia Tengah. Kawasan sempadan antara Iran-Afghanistan-Pakistan merupakan salah satu kawasan pengeluaran candu terbesar di dunia. Kawasan ini dikenali sebagai ‘sabit emas' atau 'golden scythe' dan 'golden crescents' kerana bentuknya. Bagaimana pun ini tidak bermakna kawasan ini makmur sebaliknya ia merujuk kepada keuntungan yang diperolehi oleh golongan yang terlibat dalam perniagaan narkotik misalnya warlords, pasukan perisikan, pengganas dan kumpulan penjenayah tranasional. Kehadiran tentera Amerika Syarikat di Afghanistan semenjak 2002 tidak mampu menyelesaikan masalah narkotik kerana perniagaan narkotik di Afghanistan sudah menjadi terlampau serius. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.subject | Hubungan antarabangsa | en_US |
dc.subject | Keselamatan antarabangsa | en_US |
dc.subject | Politik Asia Tengah | en_US |
dc.title | Hubungan antarabangsa Afghanistan dan perniagaan narkotik di Asia Tengah | en_US |
dc.type | Seminar Papers | en_US |
dc.format.pages | 1-10 | en_US |
dc.identifier.callno | DS596.4.M628S439 2008 sem | en_US |
dc.contributor.conferencename | Seminar Kebangsaan 'Malaysia-West Asia Relation : Prospect & Challenges' | - |
dc.coverage.conferencelocation | Bangunan Canselori, UKM Bangi, Selangor | - |
dc.date.conferencedate | 2008-12-01 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.