Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776040
Title: Mengenalpasti beberapa ibu kota tua Kelantan dalam konteks sejarah dengan tumpuan khas kepada Kota Kubang Labu
Authors: Abdullah Mohamed (Nakula)
Conference Name: Kelantan Zaman Awal : Kajian Arkeologi dan Sejarah di Malaysia
Conference Date: 1987
Conference Location: Kota Bharu, Kelantan
Abstract: Dalam membicarakan tentang sejarah Kota Kubang Labu, suatu ibu kota Kelantan sebelum Kota Bharu sekarang, kita tidak dapat memisahkan diri dari sejarah Negara Patani kerana Kota Kubang Labu itu dibangunkan dalam zaman Kelantan bergabung dalam Negara Patani itu. Penggabungan Kelantan ke dalam Negara Patani itu terjadi dua kali. Kali pertama terjadi dari tahun-tahun 1502 hingga 1554. Peng- gabungan ini dilaksanakan oleh Sultan Mansor Shah Kelantan untuk menggembeling tenaga melawan Siam yang sentiasa menyerang ke Selatan. Turut sama dalam penggabungan ini ialah negeri Terengganu. Pada mulanya Patani terletak di bawah kekuasaan Siam. Sebagai bayaran di atas keinginan Patani untuk membebaskan diri dari kekuasaan Siam dan bergabung dengan Kelantan, Sultan Kelantan bersetuju menyerahkan Kesultanannya kepada Patani. Raja-raja Patani memakai gelaran 'Sultan', manakala Raja-Raja Kelantan hanya memakai gelaran 'Raja' sahaja. Pada masa itu ibu kota Kelantan ialah Kota Mahligai, suatu kota yang terletak tidak jauh dari ibu kota lama yang sudah tenggelam ke dalam bumi. Kota Mahligai ini terletak beberapa batu ke sebelah barat Bukit Panau (Lihat Rajah I). Selepas Sultan Mansor Shah mangkat dalam tahun 1521, Sultan Patani menghantar Gabenornya memerintah Kelantan di samping Raja Kelantan. Gabenor ini digelar 'Datu' dan memerintah dari Kota Pengkalan Datu yang ber- hampiran dengan pantai.
Pages: 203-215
Call Number: DS593.K45 semkat
Publisher: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.