Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776038
Title: | Membina semula kebudayaan dan masyarakat prasejarah Malaysia : sumbangan negeri Kelantan |
Authors: | Zuraina Majid |
Conference Name: | Kelantan Zaman Awal : Kajian Arkeologi dan Sejarah di Malaysia |
Keywords: | Zaman prasejarah -- Kelantan Arkeologi |
Conference Date: | 1987 |
Conference Location: | Kota Bharu, Kelantan |
Abstract: | Seminar ini sesuai sekali diadakan di Kelantan dan terdapat dua sebab mengapakah kita harus membincang topik ini di sini. Sebagai ahli arkeologi, kami berminat dalam dimensi masa dan ruang peristiwa-peristiwa. Dari segi 'ruang', adalah patut kalau saya membincangkan prasejarah dalam konteks perjumpaan di Kelantan. Dari segi 'masa' tahun 1986 menjadi petanda 100 tahun arkeologi di Semenanjung Malaysia. Di Kelantan terdapat hampir 25% daripada tapak-tapak prasejarah di Semenanjung. Di negeri-negeri utara, iaitu Kelantan, Perlis dan Pahang, terdapat hampir 80% daripada tapak-tapak prasejarah yang terkenal. Lagipun, tapak yang dianggap terpenting sekali di Semenanjung Malaysia juga terletak di Kelantan. Ini ialah Gua Cha, satu batu perlindungan dalam Bukit Batu Kapur yang terletak 100 meter di sebelah barat Sungai Nenggiri, ke arah hulu Sungai Perias. Tapak ini telah digali oleh Sieveking pada tahun 1954 dan Adi pada tahun 1980. Gua Cha mempunyai tarikh stratigrafi yang terpanjang sekali di Semenanjung Malaysia. Secara kasar, gua ini telah didiami bermula dari 5335 SM sehingga 765 SM. Beberapa pengkebumian bersama-sama dengan barang pengkebumian, terutama sekali tembikar, alat batu dan sisa makanan telah dijumpai di Gua Cha. Ini telah membantu dalam penjelasan masalah perkembangan budaya yang akan dibincangkan nanti dalam kertas ini. |
Pages: | 181-190 |
Call Number: | DS593.K45 semkat |
Publisher: | Perbadanan Muzium Negeri Kelantan |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.