Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776033
Title: Penyelidikan arkeologi sejarah di Kota Kubang Labu dan Palekbang, Kelantan
Authors: Adi Haji Taha
Conference Name: Kelantan Zaman Awal : Kajian Arkeologi dan Sejarah di Malaysia
Keywords: Penyelidikan arkeologi
Galicari
Conference Date: 1987
Conference Location: Kota Bharu, Kelantan
Abstract: Sejarah yang kita ketahui pada hari ini hanya merupakan secebis kecil dari keseluruhan proses sejarah dan perkembangan kebudayaan yang telah dialami atau dilalui oleh manusia sejagat. Di Malaysia, umpamanya penulisan sejarah yang terawal bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka melalui Sejarah Melayu dan beberapa teks sejarah atau hikayat lainnya. Kebanyakan teks sejarah tradisi ini hanya memberi tekanan atau tumpuan kepada peristiwa-peristiwa yang terjadi di sekitar istana dan orang-orang kenamaan sahaja tanpa menyentuh tentang masyarakat umum atau rakyat jelata, dan kalau adapun hanya sedikit sahaja yang diceritakan. Selain dari itu, teks-teks ini hanya menumpukan kepada aspek-aspek positif di dalam sekitar istana dan kerajaan, dan dengan itu pengetahuan mengenai masyarakat lampau berdasarkan teks sejarah adalah bias dan tidak menyeluruh. Untuk Semenanjung Malaysia, tidak banyak yang diketahui mengenai proses sejarah dan perkembangan kebudayaan yang berlaku sebelum kemunculan Kerajaan Melayu Melaka, kerana ketiadaan rekod-rekod bertulis. Yang ada hanyalah catatan-catatan yang dibuat oleh ahli-ahli pelayaran luar yang pernah melawat atau berkunjung ke negara ini. Itu pun banyak menimbulkan masalah kepada kita sekarang untuk mengenalpasti dengan tepat nama-nama tempat yang telah dilawati mereka.
Pages: 87-107
Call Number: DS593.K45 semkat
Publisher: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.