Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775851
Title: | Kelantan dalam sejarah perhubungan dengan tamadun luar - perhubungan perdagangan |
Authors: | Othman Mohd Yatim |
Conference Name: | Kelantan Zaman Awal : Kajian Arkeologi dan Sejarah di Malaysia |
Keywords: | Artifak Tembikar cina |
Conference Date: | 1987 |
Conference Location: | Kota Bharu, Kelantan |
Abstract: | Kawasan atau daerah yang sekarang dikenali sebagai Kelantan telah wujud sejak prasejarah lagi. Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan terjumpanya beberapa buah tapak arkeologi di negeri tersebut di antaranya yang terpenting ialah Gua Cha di Hulu Kelantan. Dari tapak-tapak tersebut diperolehi artifak-artifak yang bukan sahaja membuktikan yang adanya manusia di negeri itu malahan ianya juga memberikan gambaran yang mereka mempunyai satu peradaban yang tinggi. Melalui peredaran masa dan bagi memenuhi keperluan semasa wujudlah satu sistem di mana manusia dari daerah-daerah yang berasingan tetapi saling memerlukan terpaksa bertemu. Pertemuan itu dan tindak-tanduk ekoran dari pertemuan untuk memenuhi keperluan masing-masing itu, sekarang ini dipanggil perhubungan. Walau bagaimanapun kertas ini seperti yang dinyatakan oleh tajuknya akan hanya memberi tumpuan atau menghadkan per- bincangan kepada aspek hubungan perdagangan awal yang timbal- balik di antara Kelantan dengan negara-negara luar. Penemuan-penemuan arkeologi di negeri Kelantan yang boleh dikaitkan dengan perdagangan adalah amat terhad baik dari segi jumlahnya mahupun penjenisannya. Dengan keterbatasan tersebut kita terpaksa bergantung kepada sumber-sumber lain dalam usaha kita untuk membuat satu rekonstruksi sejarah perdagangan di negeri Kelantan di zaman silam. |
Pages: | 61-72 |
Call Number: | DS593.K45 n.1 semkat |
Publisher: | Perbadanan Muzium Negeri Kelantan |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.