Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775850
Title: Pemerintahan di Kelantan dan hubungannya dengan Patani dan Terengganu dalam abad ke-18
Authors: Rahmat Saripan
Conference Name: Kelantan Zaman Awal : Kajian Arkeologi dan Sejarah di Malaysia
Keywords: Sistem pemerintahan -- Kelantan
Perkahwinan politik
Long Yunus -- Tokoh politik
Conference Date: 1987
Conference Location: Kota Bharu, Kelantan
Abstract: Kertas kerja ini akan menumpukan perhatian kepada aspek pemerintahan tradisional negeri Kelantan dalam konteks hubungannya dengan kuasa-kuasa luar negeri Kelantan iaitu Patani dan Terengganu dalam abad ke-18. Penelitian yang rapat akan diberikan terhadap peristiwa penubuhan suatu sistem pemerin- tahan bercorak tradisional yang dipanggil "kerajaan" yang diasaskan oleh seorang tokoh politik tradisional berasal dari Patani. Kemunculan wangsa pemerintah dari Patani ini telah melibatkan kerajaan Terengganu yang merupakan sebuah pusat kuasa yang penting di timur laut sejak awal abad ke-18. Perbincangan yang terkandung dalam kertaskerja ini pada keseluruhannya berdasarkan kepada keterangan sejarah yang terjelma dari sumber-sumber sejarah yang berbentuk teks-teks dari Kelantan, Patani dan Terengganu yang menyentuh soal hubungan Kelantan dengan negeri-negeri tersebut. Kekurangan sumber-sumber sejarah Melayu tradisional yang bercorak sastera memang sukar dinafikan tetapi oleh kerana sumber-sumber tersebut menyum- bangkan kenyataan yang sukar didapati dari sumber-sumber sejarah yang lain, maka pergantungan kita terhadapnya memang sangat ketara.
Pages: 48-72
Call Number: DS593.K45 n.1 semkat
Publisher: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.