Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774585
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorAmer Saifude Ghazali-
dc.date.accessioned2024-06-28T23:18:38Z-
dc.date.available2024-06-28T23:18:38Z-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774585-
dc.description.abstractSalah satu bidang perbincangan dalam geografi pilihan raya adalah kadar keluar mengundi dalam pilihan raya. Apabila rakyat keluar mengundi bermakna mereka terlibat dalam proses pilihan raya. Kebiasaanya, kadar keluar mengundi akan menjadi pengukur kepada keterlibatan rakyat dalam proses pilihan raya. Lebih tinggi kadar keluar mengundi bermaksud lebih ramai pengundi yang terlibat dalam proses pilihan raya dan semakin kecil bilangan yang keluar mengundi membawa makna semakin kurang pengundi yang terlibat dalam proses tersebut. Kadar keluar mengundi yang rendah agak mendapat perhatian dalam geografi pilihan raya dan sering dilabel sebagai 'tidak sihat' kepada proses demokrasi. Kertas ini akan cuba melihat hubungan di antara kadar keluar mengundi dalam pilihan raya dengan kemarginalan dan komposisi etnik dalam suatu kawasan pilihan raya. Kemarginalan kawasan pilihan raya diukur berdasarkan peratusan parti yang menang berbanding peratusan parti yang berada di tempat kedua. Atau dengan lain perkataan, majoriti yang rendah bermakna lebih marginal dan sebaliknya majoriti yang tinggi bermaksud kurang marginal. Adakah pengundi di Malaysia keluar mengundi berasaskan kepada kemarginalan kerusi atau kawasan pilihan raya? Lebih marginal kawasan bermaksud lebih sengit pertandingan yang tentunya dibantu dengan faktor-faktor lain seperti peribadi calon dan isu-isu semasa. Adakah pengundi di Malaysia lebih terdorong untuk keluar mengundi berasaskan faktor tersebut dan bukannya kepada kesedaran sivik mereka sendiri? Bagaimana pula dengan corak pengundian orang Melayu, Cina dan India dalam sesebuah kawasan pilihanraya? Adakah wujud hubungan di antara kadar keluar mengundi dengan komposisi kaum dalam kawasan pilihan raya? Kertas ini akan cuba merungkaikan persoalan-persoalan tersebut.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherPersatuan Sains Sosial Malaysiaen_US
dc.subjectPilihan rayaen_US
dc.subjectPengundien_US
dc.titleKadar keluar mengundi, kemarginalan dan komposisi etnik dalam pilihan raya parlimen di Malaysia, 1959-2004en_US
dc.typeSeminar Papersen_US
dc.format.pages134-135en_US
dc.identifier.callnoLA1236.I554 2008 semen_US
dc.contributor.conferencenameThe 6th International Malaysian Studies Conference-
dc.coverage.conferencelocationKuching, Sarawak-
dc.date.conferencedate2008-08-05-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.