Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774576
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorZulkifli Mahmood-
dc.date.accessioned2024-06-28T08:04:12Z-
dc.date.available2024-06-28T08:04:12Z-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774576-
dc.description.abstractAkauntabiliti adalah konsep pengurusan yang amat penting bagi pengurusan di sektor awam mahupun swasta. Akauntabiliti menjamin pelaksanaan tugas dan tanggung-jawab dengan lebih berkesan dan boleh berfungsi sebagai satu mekanisma bagi memastikan kejayaan atau kegagalan sesuatu tugas dan tanggungjawab. Lazimnya perbuatan-perbuatan yang curang dan menyeleweng daripada peraturan dan undang-undang, salahguna kuasa dan rasuah adalah kerana kurang atau ketiadaan akauntabiliti di kalangan pegawai-pegawai yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dengan lain perkataan, perbuatan curang seperti penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah boleh dicegah sekiranya ada semangat dan rasa 'akauntable' dalam diri seseorang itu. Marilah kita renungkan pengertian daripada dua petikan ayat-ayat suci Al-Quran supaya dapat dijadikan panduan serta peringatan kepada kita semua tentang akauntabiliti terhadap tugas dan pekerjaan kita seperti yang di-kehendaki oleh Allah s.w.t. :- Ayat pertama daripada Surah An-Nissa', Ayat 58, firman Allah s.w.t. bermaksud :- "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya " Daripada ayat ini mengingatkan kepada kita bahawa 'kerja' (yang halal) ialah tugas yang diamanahkan oleh Allah kepada seseorang insan. Maka apabila seseorang itu menjalankan tugasnya ataupun bekerja, dengan sendirinya bererti bahawa insan tersebut sedang menunaikan amanah Allah.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.subjectAkauntabilitien_US
dc.subjectTanggungjawaben_US
dc.titleAkauntabiliti dalam konteks mencegah rasuahen_US
dc.typeSeminar Papersen_US
dc.format.pages1-21en_US
dc.identifier.callnoBP190.5.M28S44 1991c katsemen_US
dc.contributor.conferencenameSeminar Etika Pengurusan-
dc.coverage.conferencelocationHotel Perdana, Kelantan-
dc.date.conferencedate1991-05-05-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.