Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774545
Title: | Prinsip Muamalat Islam |
Authors: | Koperasi Pos Nasional Berhad |
Conference Name: | Bengkel Pelaksanaan Skim Syariah |
Keywords: | Islam Perniagaan Amanah Kebenaran |
Conference Date: | 2004-09-23 |
Conference Location: | Glory Beach Resort, Negeri Sembilan |
Abstract: | Perniagaan adalah satu bidang pekerjaan yang digalakkan oleh agama Islam. Menjalankan pemiagaan dikira suatu amalan soleh iaitu mendapat pahala di sisi Allah S.W.T sekiranya dilaksanakan dengan niat yang baik dan bertepatan dengan peraturan Syariat Islam. Secara amnya muamalat akan berpandukan kepada prinsip-prinsip umum berikut: i) Prinsip Kebenaran. Setiap aktiviti pemiagaan mestilah benar, tepat dan sah dalam semua perkara. Orang yang benar bererti ia jujur, tidak menipu, tidak bersumpah dan membuat sesuatu yang tidak baik, tidak menyalahi undang-undang dan tidak membelakangi kepentingan masyarakat. Firman Allah SWT: "Hai orang-orang beriman! Patuhlah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar! " (At-Taubah: ayat 119). ii) Prinsip Amanah. Amanah utama adalah dari Allah SWT. Hidup ini merupakan amanah dari Allah dan oleh itu dalam hubungan antara manusia dengan manusia dari aspek pekerjaan, perniagaan, kepimpinan, pemerintahan, kekeluargaan dan sebagainya mestilah mengikut landasan-landasan yang diredhai oleh Allah SWT jua dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Allah berfirman (maksudnya): "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan barang-barang kepercayaan kepada yang punya; dan bila menghukum di antara manusia hendaklah menghukum dengan adil; bahawa dengan itu Allah memberikan pelajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu; sesungguhnya Allah itu mendengar dan melihat. " (An-Nisa': ayat 58). |
Pages: | 1-21 |
Call Number: | BP190.5.B87.B44 2004 sem |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774545 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.