Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774510
Title: | Permasalahan akhlak remaja dan perkaitannya dengan corak pendidikan ibubapa di rumah : kajian di Selangor |
Authors: | Siti Rafidah Dollah Hamdani Sanusi Shariff |
Conference Name: | The 6th International Malaysian Studies Conference |
Keywords: | Hedonisme Masalah sosial Pengaruh negatif |
Conference Date: | 2008-08-05 |
Conference Location: | Kuching, Sarawak |
Abstract: | Hedonisme merupakan satu ideologi yang menjadikan hiburan, keseronokan dan kenikmatan hidup secara ekstrim sebagai fokus utama dalam kehidupan. Kerakusan manusia dalam memperolehi keseronokan dan kepuasan hidup mengakibatkan wujudnya seribu satu masalah seperti ketagihan dadah, arak, judi, lumba haram, lari dari rumah, gengterisme, perzinaan, rogol, sumbang mahram dan pembunuhan dalam masyarakat semasa tanpa mengira bangsa, usia, jantina, pangkat, latar belakang akademik, keturunan malah agama. Kajian ini ingin mengetengahkan pengaruh hedonisme di kalangan pelajar sekolah menengah di Sabah. Matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti budaya hedonisme yang sedang berlangsung di kalangan pelajar-pelajar sekolah khususnya di Sabah dari segi bentuk atau corak budaya tersebut, faktor-faktor yang mempengaruhi dan kesannya terhadap masa depan diri mereka sendiri, agama, bangsa dan negara. Kajian ini juga bermatlamat untuk mengetengahkan pendekatan-pendekatan yang telah digunapakai oleh pihak sekolah dalam menangani permasalahan ini. Seterusnya, kajian ini juga akan mengetengahkan berbagai rintangan yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam menangani permasalahan ini. Kajian ini juga bermatlamat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang masalah hedonisme yang semakin meracuni pelajar-pelajar sekolah menengah di Sabah.Beberapa metode telah digunapakai dalam menyempurnakan kajian ini iaitu kajian kepustakaan, analisis kritis dan temu bual dengan beberapa responden yang terdiri daripada pegawai pendidikan, guru dan pelajar. Hasilan kajian menunjukkan wujudnya pengaruh hedonisme di sekolah menengah di Sabah. |
Pages: | 131 |
Call Number: | LA1236.I554 2008 sem |
Publisher: | Persatuan Sains Sosial Malaysia |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.