Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774507
Title: | Penglibatan belia Tatana dalam politik di Kuala Penyu,Sabah |
Authors: | Tony Paridi Bagang Haijon Gunggut Zuraidah Zaaba |
Conference Name: | The 6th International Malaysian Studies Conference |
Keywords: | Belia Kuala Penyu -- Sabah Suku kaum Dusun |
Conference Date: | 2008-08-05 |
Conference Location: | Kuching, Sarawak |
Abstract: | Kertas kerja ini, membincangkan penglibatan belia Tatana dalam politik di Kuala Penyu, iaitu sebuah daerah kecil yang terletak di pantai barat Sabah. Umumnya, pengertian politik dalam kertas kerja ini adalah merujuk kepada semua aktiviti yang mempunyai satu (atau lebih) tujuan untuk mencapai sesuatu matlamat yang mana ianya melibatkan pengaruh, kuasa atau authoriti. Kajian yang dibuat adalah berbentuk kajian awal. Hasil daripada tinjauan dan analisa, penglibatan belia Tatana dalam politik adalah lahir ekoran daripada sistem politik yang bersifat patronage. Kebanyakfan belia yang melibatkan diri dalam politik adalah didorongi oleh faktor yang bersifat peribadi iaitu cenderung kepada peningkatan taraf hidup yang merangkumi sosio-ekonomi mereka. Pada masa yang sarna, penglibatan belia Tatana dalam politik untuk tujuan yang lebih besar seperti persaingan kuasa agak sukar dicapai memandangkan masyarakat Tatana adalah kumpulan minoriti yang hanya tertumpu di Kuala Penyu, Sabah. Justeru itu, politik patronage agak signifikan dalam konteks penglibatan belia Tatana dalam politik. Skop kertas kerja ini adalah terhad kepada belia Tatana di Kuala Penyu sahaja dan kerangka masa yang ditinjau dan dianalisa hanya bermula pada awal tahun 1980-an sehingga 2007. |
Pages: | 130 |
Call Number: | LA1236.I554 2008 sem |
Publisher: | Persatuan Sains Sosial Malaysia |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.