Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774496
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Mustaffa Omar | - |
dc.date.accessioned | 2024-06-27T01:12:22Z | - |
dc.date.available | 2024-06-27T01:12:22Z | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774496 | - |
dc.description.abstract | Penghargaan penduduk setempat terhadap sumber alam dan mekanisma (strategi) tradisional yang diamalkan dalam mengurus sumber alam di sekitar lembangan Tasik Chini merupakan asas kepada usaha- usaha konservasi yang penting. Sehubungan itu, suatu kajian telah dijalankan bagi mendokumentasi nilai penghargaan (values), ancaman (threats) dan strategi tradisional yang digunakan komuniti setempat bagi mengurus sumber-sumber alam semulajadi secara lestari. Komuniti sasaran terdiri daripada kalangan komuniti Orang Asli berketurunan Jakun yang menetap di sekitar lembangan Tasik Chini. Data dikumpulkan melalui beberapa siri lawatan ke lapangan pada tahun 2006 dan 2007. Tiga kaedah telah digunakan dalam proses pengumpulan data ini iaitu (i) tinjauan soal selidik, (ii) temubual (interviews) dan perbincangan dalam kelompok terfokus dan (iii) pemerhatian langsung penyelidik di lapangan. Seramai 80 orang individu dewasa dengan sebahagian besar merupakan ketua isirumah dari enam buah perkampungan di sekitar Lembangan Tasik Chini telah ditemubual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kawasan lembangan tasik (termasuk tanah becak dan badan air) telah menawarkan pelbagai fungsi dan sumbangan bernilai kepada penduduk setempat selama ini daripada segi ekonomi dan sosial. lni termasuklah sumbangan bernilai kawasan lembangan tersebut sebagai kawasan pertanian dan perikanan, sumber pencarian hasil hutan, pengangkutan, jaminan kelangsungan hidup dan perlindungan untuk penduduk setempat. Berikutan penghargaan tinggi penduduk setempat terhadap kawasan ini telah mendorong mereka untuk mengambil pelbagai strategi bersifat tradisional yang nyata berjaya sejak lama dahulu untuk mengurus dan melindungi sumber-sumber sekelilingnya agar kekal lestari dan mampu membekalkan keperluan hidup mereka untuk jangka masa panjang. Kajian ini merumuskan bahawa dalam usaha konservasi untuk kawasan lembangan ini, penglibatan dan peranan penduduk setempat adalah penting dan perlu diutamakan. Dalam beberapa hal, strategi pengurusan tradisional yang telah diamalkan penduduk setempat untuk sekian lama bagi melindungi sumber-sumber sekelilingnya perlu terlebih dahulu difahami dan seterusnya diambilkira dalam sebarang usaha untuk mengatur strategi melindungi dan memulihara kawasan lembangan ini supaya kembali lestari dan dapat dinikmati generasi masa depan. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | Persatuan Sains Sosial Malaysia | en_US |
dc.subject | Pemeliharaan dan pemuliharaan -- Tasik Chini | en_US |
dc.subject | Sosio-ekonomi | en_US |
dc.title | Memahami nilai penghargaan sosio-ekonomi dan strategi tradisional komuniti setempat dalam mengurus sumber-sumber alam secara lestari di lembanganTasik Chini, Pahang | en_US |
dc.type | Seminar Papers | en_US |
dc.format.pages | 126 | en_US |
dc.identifier.callno | LA1236.I554 2008 sem | en_US |
dc.contributor.conferencename | The 6th International Malaysian Studies Conference | - |
dc.coverage.conferencelocation | Kuching, Sarawak | - |
dc.date.conferencedate | 2008-08-05 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.