Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774244
Title: | Interaksi dan toleransi etnik di pusat pengajian tinggi: kajian kes di kalangan pelajar pribumi Sabah di Universiti Malaysia Sabah |
Authors: | Kntayya Mariappan Budi Anto Mohd Tamring |
Conference Name: | The 6th International Malaysian Studies Conference |
Keywords: | Hubungan sosial Toleransi |
Conference Date: | 2008-08-05 |
Conference Location: | Kuching, Sarawak |
Abstract: | lnteraksi dan toleransi etnik adalah salah satu isu penting di Malaysia. Begitu pula di kalangan masyarakat Sabah. Kepelbagain etnik dan amalan budaya masyarakat pribumi adalah suatu situasi masyarakat pelbagai etnik tradisional yang sedia diwarisi di wilayah ini sejak zaman sebelum penjajahan lagi, Pengalaman dalam masyarakat tradisional ini berubah melalui penjajahan dan seterusnya sebagai wilayah merdeka melalui pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Tahap interaksi dan toleransi etnik sebagai sebahagian daripada pengalamaan hidup di kalangan anggota masyarakat mungkin turut berubah. Kertas kerja ini meninjau dimensi pengalaman ini di kalangan generasi muda kerana ia dapat menunjukkan pola perubahan sosial atau kesinambungan yang mungkin berlaku dalam masyarakat. Kertas kerja ini adalah hasil kajian lapangan yang menggunakan kaedah pengukuran Jarak Sosial-Borgadus Scale untuk mengukur tahap interaksi dan toleransi etnik di kalangan golongan mahasiswa pribumi Sabah. Hasil kajian menunjukkan kehidupan golongan mahasiswa pribumi Sabah yang menuntut di Universiti Malaysia Sabah memperlihatkan kecenderungan yang kuat untuk berinteraksi dan bertoleransi merentasi sempadan etnik dan agama. Dapatan kajian ini membawa kita meninjau dalam kertas kerja ini pengalaman-pengalaman merentasi batasan etnik di kalangan masyarakat umum yang berupaya memberikan kesinambungan kepada golongan generasi muda di Sabah untuk meneruskan ikatan tolerasi etnik yang agak tinggi sepanjang zaman transformasi masyarakat khususnya selepas kemerdekaan. |
Pages: | 123-124 |
Call Number: | LA1236.I554 2008 sem |
Publisher: | Persatuan Sains Sosial Malaysia |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774244 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.