Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774212
Title: Keterlibatan audien belia dengan mesej-mesej perpaduan di televisyen
Authors: Nobaya Ahmad
Dzuhailmi Dahalan
Mariah Muda
Salleh Hassan
Jamilah Othman
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Media massa
Perpaduan
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Media memainkan peranan yang penting dalam sistem penyampaian maklumat. lni terbukti semasa pilihanraya yang lalu di mana peranan media baru banyak menyumbang kepada corak pemilihan pengundi. Namun begitu, televisyen sebagai salah satu media utama bagi penyampaian maklumat masih lagi berperanan terutama dalam konteks masyarakat di luar bandar. Sejauh manakah peranan televisyen ini penting dalam penyampaian mesej? Kertas kerja ini akan membincangkan keterlibatan audiens belia dengan mesej-mesej perpaduan di televisyen Malaysia. Keterlibatan audiens belia ditakrifkan sebagai situasi di mana belia memahami dan melibatkan diri dengan mesej-mesej perpaduan yang disiarkan menerusi televisyen Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan sejauhmana belia Malaysia menyedari dan mentafsir mesej-mesej perpaduan dan apakah bentuk penglibatan mereka terhadap mesej-mesej perpaduan yang disiarkan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Seramai 513 orang belia di sekitar Lembah Klang dan berumur antara 15 hingga 25 tahun telah terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukan bahawa mereka menyedari tentang kewujudan mesej-mesej perpaduan dan berupaya mentafsirnya dalam kempen kemasyarakatan yang disiarkan. Antara bentuk-bentuk keterlibatan adalah pengingatan semula secara rujukan, secara kritikal dan penyertaan secara tingkahlaku. lmplikasi dari kajian ini menunjukan bahawa media televisyen masih lagi penting sebagai medium komunikasi bagi menyemai semangat perpaduan kaum.
Pages: 119
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.