Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774141
Title: Wang, kadar bunga dan riba
Authors: Nungsari Ahmad Radhi
Editors: Ahmad Sobri Jaafar
Abdul Razak Chik
Conference Name: Prosiding Kursus Ekonomi Islam: Asas, Falsafah dan Aplikasi
Keywords: Wang
Riba
Ekonomi Islam
Conference Date: 1989-11-16
Conference Location: Universiti Utara Malaysia, Jitra, Kedah Kampus Bandar Darulaman
Abstract: Antara manifestasi perkembangan di dalam ekonomi Islam ialah penubuhan Bank Islam di beberapa negara Islam, termasuk di Malaysia. Penubuhan ini merupakan satu keyakinan di kalangan ahli ekonomi Islam tentang kemantapan bidang ekonomi Islam itu sendiri. Harus disedari yang umat Islam telah membiarkan bidang ekonomi terbantut sejak berkurun-kurun lamanya manakala arus perkembangan ekonomi terus berlalu. Akibatnya bidang "ekonomi Islam" itu sendiri tidak berkembang walaupun sudah terdapat banyak perubahan di dalam kegiatan dan struktur ekonomi. Umat Islam juga telah tertinggal dari perkembangan dalam bidang ekonomi sebagai satu landasan teori. Ini adalah menyedihkan kerana Ibn Khaldun, (1332-1406) seorang ulama yang hidup pada kurun keempat belas, boleh dianggap sebagai seorang ahli ekonomi yang terawal dalam sejarah. Tradisi ekonomi kapitalisme, misalnya, hanya bermula pada kurun ke lapan belas dengan karangan Adam Smith yang bertajuk The Wealth of Nations (1776). Malangnya tidak ada kesinambungan dalam usaha Ibn Khaldun daripada orang Islam sehingga pertengahan abad ini. Akibatnya, tidak ada sumbangan Islam dalam perdebatan dan pembentukan prinsip-prinsip dan teori-teori ekonomi- seperti yang dikenali sekarang. Lantaran umat Islam mendapati diri mereka di dalam sistem ekonomi yang dibentuk oleh orang lain. Ini adalah kesalahan kita sendiri kerana kita yang membiarkan ia jadi begitu. Cabaran yang dihadapi oleh umat Islam sekarang adalah begitu besar. Setelah mendapati elemen-elemen dalam ekonomi yang ada sekarang bercanggah dengan syariah, kita terpaksa menghindar penggunaan kadar bunga seperti yang wujud sekarang, ianya menjadi satu elemen ekonomi yang dominan dalam teori ekonomi mahupun di dalam kegiatan ekonomi Kadar bunga menjadi penentu yang penting dalam masalah pengagihan sumber, di peringkat makro dan mikro. Ianya dijadikan satu alatan polisi dalam perancangan dan perlaksanaan kegiatan-kegiatan ekonomi.
ISBN: 9839559176
Pages: 151-175
Call Number: BP173.75.K87 1989 n.2 sem
Publisher: Sekolah Ekonomi dan Pentadbiran Awam UUM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.