Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774136
Title: Prinsip-prinsip Islam sebagai dasar pembinaan peradaban dalam organisasi kerja
Authors: Razali Mat Zin
Editors: Ahmad Sobri Jaafar
Abdul Razak Chik
Conference Name: Prosiding Kursus Ekonomi Islam: Asas, Falsafah dan Aplikasi
Keywords: Krisis moral
Nilai murni
Kesucian
Conference Date: 1989-11-16
Conference Location: Universiti Utara Malaysia, Jitra, Kedah Kampus Bandar Darulaman
Abstract: Manusia hari ini yang materialistik sifatnya sama ada yang diilhamkan oleh 'ism' dari kiri atau kanan begitu megah mengagung-agungkan sistem-sistem rekaan manusia, terutamanya. yang datang dari Barat. Mereka mula berpegang kepada pengertian hidup yang kabur dan tidak menyeluruh . Manusia tidak mempunyai pemahaman yang konkrit mengenai hakikat kejadian mereka sebagai insan ciptaan Allah s. w. t. dalam sifat semulajadinya yang murni yang disebut fitrah insaniah. Tidak hairanlah, manusia hari ini sedang menghadapi suatu krisis moral yang dahsyat dan membawa kepada penipisan nilai murni insan ('dehumanising') itu sendiri . Firman Allah s .w.t. yang bermaksud: *1* "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Agama (Allah); {tetaplah atas) fitrah • Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah ini. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah; (itulah) agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". (Surah Ar-Rum :30) Semakin hari semakin nyata ajaran-ajaran dan petunjuk Allah s.w.t. yang disampaikan melalui Junjungan Besar Rasulullah s. a.w. tidak didaulatkan . Malah tidak keterlaluan kalau dikatakan semakin ramai manusia yang mencemuh, mempersoalkan dan memandang rendah terhadap kebenaran dan kesuciannya. Bertolak dari titik ini , banyak prinsip dan sistem hidup yang menjadi pegangan manusia bercanggah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah s.w .t. , Khaliq Yang Maha Berkuasa. Seorang tokoh pengurusan dari Amerika Syarikat yang terkenal, L.F Urwick menyarankan: "Rakyat Amerika , keseluruhannya, enggan menghalang seseorang daripada maju ke depan, walau bagaimana songsang dan tidak beretika nilai dan kaedah yang digunakan."
ISBN: 9839559176
Pages: 23-47
Call Number: BP173.75.K87 1989 n.2 sem
Publisher: Sekolah Ekonomi dan Pentadbiran Awam UUM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.