Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774135
Title: al-Hisbah dan implikasinya terhadap ekonomi Islam
Authors: Mohd. Azmi Omar
Editors: Ahmad Sobri Jaafar
Abdul Razak Chik
Conference Name: Prosiding Kursus Ekonomi Islam: Asas, Falsafah dan Aplikasi
Keywords: Al-Hisbah
Akhlak
Moral
Conference Date: 1989-11-16
Conference Location: Universiti Utara Malaysia, Jitra, Kedah Kampus Bandar Darulaman
Abstract: Al-Hisbah merupakan satu-satunya institusi yang digunakan oleh kerajaan untuk campur tangan dalam ekonomi bila keadaan memerlukan . Al-Hisbah ialah sebuah institusi yang unik. Tugasnya bukan sahaja mengawal kegiatan-kegiatan pasaran bahkan juga mengawal akhlak dan moral penduduk-penduduk di negara Islam. Terdapat beberapa penulis orientalis cuba membuktikan bahawa institusi al-Hisbah adalah cedokan daripada institusi Greek yang dinamakan 'agaronomos' . Pendapat ini telahpun disangkal oleh penulis-penulis Islam yang antara lainnya mengatakan bahawa institusi ini sebenarnya berasal daripada tuntutan Al-Quran, iaitu amar bil ma'ruf wa-n-nahi anil mungkar (mengerjakan kebajikan dan meninggalkan yang mungkar). Institusi al-Hisbah telah diketuai sendiri oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa baginda menjadi ketua negara Islam pada waktu itu. Selepas baginda wafat, tugas mengendalikan al-Hisbah telah dipikul sama ada oleh khalifah-khalifah sendiri ataupun dilantik orang perseorangan untuk mengetuainya. Institusi ini terus berkembang di bawah pemerintahan Kerajaan Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah. Al-Hisbah mulai pupus apabila penjajah-penjajah menjajahi negara-negara Islam. Pada masa sekarang institusi al-Hisbah sudah tidak ada lagi, yang ada cuma sebahagian daripada fungsinya yang diamalkan di beberapa buah negara Islam. Kertas kerja ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu konsep al-Hisbah, fungsi dan implikasinya terhadap ekonomi masa kini . Tujuan kertas kerja ini ialah untuk menerangkan bagaimana al-Hisbah dapat membantu mengawasi tindakan unit ekonomi di pasaran.
ISBN: 9839559176
Pages: 15-22
Call Number: BP173.75.K87 1989 n.2 sem
Publisher: Sekolah Ekonomi dan Pentadbiran Awam UUM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.