Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773935
Title: Perniagaan Islam sebagai metode da'wah berkesan dalam mempertingkatkan daya saing bangsa di Nusantara
Authors: Abdul Nasir Abdul Rani
Conference Name: Seminar Serantau Pemikiran Da'wah: Peranan dan Pengalaman
Keywords: Pedagang Islam
Perniagaan
Dakwah
Conference Date: 2006-09-19
Conference Location: Dewan Canseloar, Universiti Brunei Darussalam
Abstract: Sejarah silam telah mencatatkan bahawa kejayaan agama Islam tersebar luas di nusantara ini bukanlah melalui peperangan atau kekerasan, tetapi kejayaan penyebaran agama Islam itu antara lainnya terjadi melalui perniagaan yang dilakukan oleh pedagang-pedagang Islam dan mubaligh bangsa Arab, Gujarat dan Cina. Dengan cara diplomasi dan nilai-nilai akhlak mulia yang ditunjukkan oleh pedagang-pedagang Islam ini ketika bermu 'amalah sesama masyarakat setempat, dengan tanpa dipaksa atau rasa terpaksa kehadiran mereka telah diterima dengan hati yang terbuka oleh penduduk yang terdiri daripada kalangan orang-orang bukan Islam. Tidak hanya terpikat dengan cara berniaga yang dilakukan oleh pedagang- pedagang Islam sahaja, bahkan masyarakat setempat juga sudah mulai terpikat dengan ajaran-ajaran agama Islam yang dianuti oleh para pedagang tersebut. Proses perkembangan Islam seterusnya berjalan dengan baik dan lancar sehingga terbentuknya komuniti-komuniti Islam yang benar-benar kuat dan mantap serta terlahirnya pusat-pusat pemerintahan Islam yang berpengaruh besar dan sangat disegani pada zaman itu. Berdasarkan dari sejarah ringkas kejayaan penyebaran agama Islam di Nusantara ini, jelas terbukti bahawa kaedah yang sangat berkesan dalam menyebarkan da 'wah lslamiyah ialah melalui proses perniagaan yang bersendikan ajaran-ajaran Islam berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah. Kaedah ini bukan hanya sesuai untuk diamalkan pada zaman lampau sahaja, bahkan juga sangat efektif untuk dipraktikkan kembali sebagai wacana da 'wah yang sangat berkesan menyebarkan da 'wah Islamiyah di zaman globalisasi yang penuh cabaran ini. Untuk itu, kertaskerja ini akan menjelaskan beberapa garis panduan tentang hukum hakam bagaimana perniagaan Islam dilakukan sesuai dengan tuntutan syara ' di samping memperlihatkan sejauh mana keberkesanannya dalam mempertingkatkan daya saing bangsa di Nusantara. Di akhir kertaskerja nanti, penulis akan membuat ~atu kesimpulan dan menawarkan beberapa cadangan agar kaedah perniagaan Islam benar-benar dapat dijadikan sebagai metode berkesan dalam mempertingkatkan daya saing bangsa.
Pages: 85-106
Call Number: BP170.85.S496 2006 sem
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.