Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773902
Title: Masyarakat Cina dan dakwah: sorotan kepada Darul Fitrah, Darul Arqam dan Yayasan Karim OEI
Authors: Syamsul Bahri Andi Galigo
Conference Name: Seminar Kebangsaan Masyarakat Cina dan Perkembangan Islam di Malaysia
Keywords: Masyarakat Cina
Dakwah
Nusantara
Conference Date: 2004-10-05
Conference Location: Hotel Equatorial, Bandar Baru Bangi
Abstract: Masyarakat Cina adalah masyarakat imigran (muhajirin) yang cukup masyhur di rantau ini. Mereka telah membentuk satu komuniti yang cukup signifikan dan memiliki keunikan dan kekuatan tersendiri di tengah-tengah masyarakat Melayu yang merupakan kaum bumiputra di kawasan Nusantara ini. Mereka hidup dengan penuh toleran dan terbuka dalam membangunkan negara yang mereka tempati. Mendekatkan Islam kepada masyarakat Cina bukanlah perkara yang baru. Di zaman Rasulullah sendiri dakwah Islam sudahpun sampai ke negeri Cina. Dan mulai rancak perkembangannya pada zaman pemerintahan khalifah Othman bin Affan (r.a.). Di antara statement yang sangat popular dalam sejarah Islam yang biasa dikaitkan sebagai pernyataan Rasulullah, ialah utlub al-'Ilm walaw bil Sin (Carilah ilmu pengetahuan sekalipun hingga ke negeri Cina). Nama Saad bin Abi Waqqas (r.a.) seorang sahabat Rasulullah adalah pendakwah pertama yang memperkenalkan Islam di negeri Cina. Maqam beliau hingga kini masih dikenal pasti terdapat di Guang Zhu. Dalam kontek Nusantara (Kepulauan Melayu), pada kurun ke 14 masihi nama Cheng Ho (Zhang He) seorang pendakwah Cina dari keturunan marga Ma dari Yunnan, Cina telah berjaya menyemarakkan dakwah Islam kepada masyarakat Jawi (melayu). Cheng Ho (1371-1435) telah ditugaskan oleh Kaisar Ming untuk mengetuai misi pelayaran kepelbagai penjuru negeri di dunia, termasuklah di kawasan Nusantara ini.
Pages: 1-21
Call Number: BP170.85.S476 2004 sem
Publisher: Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Kolej Universiti Islam Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.