Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773892
Title: Cabaran dan harapan dalam perlaksanaan dakwah Islamiah kepada masyarakat Cina di Malaysia
Authors: Johari Yap Abdullah
Conference Name: Seminar Kebangsaan Masyarakat Cina dan Perkembangan Islam di Malaysia
Keywords: Islam
China
Ilmu agama
Dakwah
Conference Date: 2004-10-05
Conference Location: Hotel Equatorial, Bandar Baru Bangi
Abstract: Sebenamya Islam bukanlah agama yang asing di negeri China. Masjid pertama yang dibina di Negara China ialah Masjid Huai Sheng Shi (bermaksud Kerinduan Pada Nabi) di kota Guangzhou pada zaman Dinasti Tang 618-907 Masehi. Di China, masjid ini merupakan tapak Islam berkembang dan sumebr penyebaran pelbagai ilmu agama kepada Muslimin China. Terukir pada batu marmar masjid ini nukilan berikut, "Inilah masjid pertama di China, dibina oleh Sahabat Saad ibn Waqqas r.a. ketika datang ke sini atas perintah Nabi S.A.W. untuk mengembangkan Islam." Masjid dengan senibina ala China ini pada umumnya terdiri dari satu dewan solat dan dua serambi, utara dan selatan, untuk kegiatan dakwah Islam dan tempat wuduk serta menara untuk azan dan menyaksikan anak bulan. Masjid Huai Sheng Shi ini juga unik dari segi binaan menaranya yang setinggi lebih 100 kaki. Ianya dipasang bercahaya di waktu malam bagi petunjuk jalan kapal masuk pelabuhan dengan selamat. Yang lebih penting, masjid ini merupakan simbol nur Islam telah menyinari kelubuk hati umat China. Secara keseluruhannya, masjid-masjid di Negara China berjumlah lebih kurang 35 ribu buah. lni menunjukkan bahawa Islam telah sampai ke Negara China terlebih dahulu berbanding dengan Malaysia di mana agama Islam hanya bertapak dan berkembang pada zaman Kesultanan Melaka (1403-1511 ). Malah jumlah pemeluk Islam di China ( lebih daripada 60 juta orang) adalah lebih besar darjpada_keseluruhan rakyat Malaysia. Bilangan Cina Muslim di Malaysia (Bancian Tahun 2000) ialah seramai 50,000 orang daripada 8 juta keseluruhan orang Cina di Malaysia.
Pages: 1-18
Call Number: BP170.85.S476 2004 sem
Publisher: Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Kolej Universiti Islam Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.