Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773889
Title: Dakwah Islamiah dan pembangunan negara masa kini
Authors: Ahmad Awang
Conference Name: Seminar Dakwah Islamiah Kebangsaan
Keywords: Dakwah
Malaysia
Conference Date: 1984-12-01
Conference Location: Bilik Jumaah, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Islam sebagai "Addin" adalah satu-satunya Agama yang menjalin kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat kerana Islam sahaja Agama yang diredai Allah untuk manusia. Justeru itu manusia perlu menghayati dan melaksanakan Islam sebagai suatu cara hidup, khususnya golongan orang-orang yang beriman agar mereka hidup bahagia dan menghayati kehidupan yang bermakna di dunia sekarang dan mendapat kejayaan dalam kehidupan di alam akhirat kelak. Manusia tanpa Islam tidak akan memperoleh jalan hidup yang terang dan lurus lalu mereka akan tinggal di dalam kegelapan atas jalan yang sesat, maka di akhirat kelak mereka termasuk golongan yang rugi. Telah timbul kekeliruan dan kekaburan di kalangan orang-orang Islam dan menanggapi tafsir Islam sebagai "Addin" untuk kehidupan dunia dan akhirat. Sebahagian mereka mempunyai tanggapan bahawa urusan dunia dan akhirat itu adalah dua aspek kehidupan yang berasingan atau tersisih di antara satu sama lain yang berjalan sebelah menyebelah (side by side) tidak saling bersaingan atau sekurang-kurangnya bergandingan dan berjalan seimbang. Akibat-nya terjadilah kehidupan Ummat Islam yang hidup dalam keadaan "dile-ma" (dilemma) dalam negara yang membangun dengan ciri-ciri dan nilai-nilai hidup yang saling bertentangan. Seketika berupa nilai "Islam", dan pada seketika yang lain rupa nilai-nilai "kafir". Se-kali mempunyai ciri hidup mukmin dan pada kali yang lain mempunyai ciri-ciri hidup kafir. Kekeliruan dan kekacauan seperti ini timbul akibat berlakunya campur aduk di antara yang hak (Islam) dengan yang batil (kafir) dalam menjalani dan cara hidup ummah dan negara. Amalan mencampur-adukkan antara keduanya pasti akan melahirkan manusia yang pada paginya menjadi hamba Allah yang beriman, manakala petang menjadi kafir atau pagi menjadi kafir dan petang pula menjadi hamba yang beriman.
Pages: 1-10
Call Number: BP170.85.S4 1984 sem
Publisher: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.