Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773886
Title: | Masalah-masalah yang dihadapi dalam dakwah Islamiah di Malaysia sekarang dan cara-cara yang baik bagi mengatasinya |
Authors: | Ahmad Awang |
Conference Name: | Seminar Dakwah Islamiah Kebangsaan |
Keywords: | Dakwah Masyarakat Islam -- Malaysia Istilah |
Conference Date: | 1978-12-03 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi |
Abstract: | Perkataan 'dakwah' telah menjadi begitu popular dalam masyarakat Islam di Malaysia begitu juga kegiatan 'dakwah' berjalan dengan lancarnya serta begitu meluas di seluruh Tanah air, sama ada yang dijalankan oleh badan-badan resmi dan ajensi-ajensi kerajaan ataupun yang dilaksanakan oleh pertubuhan-pertubuhan dakwah sukarela dan badan-badan kebajikan. Sebenarnya kegiatan dakwah yang terdapat di negara kita sekarang ini adalah lanjutan daripada perkembangan dakwah dan Islam tanahair, semenjak kedatangan Islam ke Melaka dan mula bertapak di sana pada kira-kira awal abad ke 15 Masihi.Jadi gerakan dakwah Islamiah di negara ini tidak pernah berhenti semenjak kira-kira enam abad yang lalu hingga sekarang ini, sekali pun umat Islam di negara ini telah dijajah oleh bangsa kapir sejak jatuhnya Melaka ke tangan Portugis tahun 1511 Masihi, hinggalah Malaya mencapai kemerdekaan dari penjajah Inggeris pada 1957. Bagaimanapun perkataan 'dakwah' tidak begitu dikenali atau menonjol kerana gerakan dan penyibaran Islam di negara ini pada masa-masa yang lalu lazimnya lebih dikenali dengan istilah pengajian ugama atau sharahan ugama dan penerangan ugama atau ceramah tabligh dan sangat jarang istilah 'dakwah' digunakan. Dengan popularnya istilah 'dakwah' di kalangan masyarakat Islam di Malaysia sekarang, tidaklah bererti bahawa konsep dakwah' yang sebenarnya telah dipahamai oleh mereka. Mungkin kerana belum mengerti dan paham akan erti dan konsep dakwah itulah, maka sering kita dengar istilah dakwah itu dikaitkah oleh orang-orang atau pihak-pihak tertentu yang bukan saja bertentangan dengan tujuan dakwah bahkan tidak sesuai dikaitkan dengan erti dakwah itu sendiri. Umpamanya (sebagai akan satu contoh saja, ada orang menggunakan istilah 'dakwah menyeleweng', 'dakwah songsang', atau dakwah sesat dan sebagainya.Mungikin juga ini kerana ramai orang yang mengikuti gerakan dakwah itu semata-semata kerana ikut ikutan saja atau dengan tujuan untuk memenuhi tuntutan masa dan keadaan yang mendesak dan tak dapat dielakkan. |
Pages: | 1-14 |
Call Number: | BP170.85.S4 1978 sem |
Publisher: | Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.