Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773863
Title: | Transformasi ekonomi, perbelanjaan pendidikan dan pembangunan modal insan : kajian kes Malaysia |
Authors: | Nanthakumar Loganathan |
Conference Name: | The 6th International Malaysian Studies Conference |
Keywords: | Sektor pendidikan Pembangunan modal insan |
Conference Date: | 2008-08-05 |
Conference Location: | Kuching, Sarawak |
Abstract: | Pembangunan pendidikan merupakan antara agenda pembangunan kerajaan Malaysia semenjak mencapai kemerdekaan dan kini ia dikelaskan sebagai inti-pati pembangunan modal insan negara. Secara umumnya, persekitaran ekonomi global yang kini lebih bersifat ekonomi berpengetahuan (k-economy), serta transformasi ekonomi Malaysia amnya telah membuka ruang kepada pihak kerajaan Malaysia untuk merangka program-program pembangunan pendidikan dengan lebih drastik. Misalnya, peruntukan perbelanjaan pendidikan merangkumi hampir 30% dari agihan belanjawan tahunan kerajaan dan ini membuktikan keprihatinan pihak kerajaan dalam membangunkan sektor pendidikan dan membangunkan tahap modal insan rakyat, sejajar dengan transisi ekonomi Malaysia. Sehubungan dengan itu, kajian ini cuba mengupas hubungan di antara transisi ekonomi dan agihan perbelanjaan pendidikan kerajaan dalam menjana tahap modal insan Malaysia sepanjang tempoh 30 tahun dengan menggunakan pendekatan hubungan integrasi Johansen. Hasil keputusan kajian membuktikan, aliran perbelanjaan pendidikan merupakan perbelanjaan kekal semenjak 30 tahun yang lalu dan agihan peruntukan belanjawannya semakin meningkat selaras dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan rakyat Malaysia sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Di samping itu, keputusan ujian integrasi kajian ini juga jelas membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membangunkan sektor pendidikan yang secara umumnya bersifat pelaburan jangka panjang yang bakal membuahkan hasil melalui transformasi ekonomi Malaysia yang mula menampakkan prospek penerapan modal insan di akar umbi, khususnya pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah menengah dan seterusnya peringkat tertiari. |
Pages: | 113 |
Call Number: | LA1236.I554 2008 sem |
Publisher: | Persatuan Sains Sosial Malaysia |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.