Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773817
Title: Pengetahuan rakyat Malaysia mengenai Islam Hadhari: suatu tinjauan
Authors: Mohamad Khadafi Rofie
Mohamad Faisol Keling
Mohamed Mustafa Ishak
Syamsul Anuar Ismail
Mohd Dino Khairri Shariffuddin
Md. Shukri Shuib
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Peradaban Islam
Pembangunan insan
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Badawi merupakan satu pendekatan yang memberi penekanan kepada aspek pembangunan menjurus kepada pembinaan peradaban dan mempertingkatkan mutu kehidupan melalui, penguasaan ilmu, pembangunan insan dan pembangunan fizikal. Hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah gagasan Islam Hadhari merupakan kesinambungan proses lslamisasi sejak dari zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri lagi. Namun persoalannya, adakah rakyat Malaysia mengetahui maksud sebenar Islam Hadhari? Sekiranya tahu dari manakah rakyat Malaysia memperolehi maklumat mengenainya? Justeru kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan rakyat Malaysia mengenai Islam Hadhari. Hasil tinjauan ke atas 2,063 orang responden di seluruh Malaysia mendapati akhbar dan televisyen merupakan sumber utama rakyat Malaysia mengetahui mengenai Islam Hadhari. Manakala dari aspek pengetahuan, didapati responden bukan Melayu, pekerja sektor swasta dan mereka yang berpendapatan tinggi mempunyai pengetahuan yang amat terhad dan tidak peka terhadap Islam Hadhari. Waiau bagaimanapun secara keseluruhan pengetahuan rakyat Malaysia mengenai Islam Hadhari adalah masih dalam tahap sederhana.
Pages: 109
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.