Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773815
Title: Pendekatan Islam Hadhari di Malaysia: sejauh mana penerimaan rakyat?
Authors: Syamsul Anuar Ismail
Mohd Dino Khairri Shariffuddin
Mohamed Mustafa Ishak
Mohamad Khadafi Rofie
Mohamad Faisol Keling
Md. Shukri Shuib
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Peradaban Islam
Pembangunan insan
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Konsep Islam Hadhari yang digagaskan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan suatu pendekatan yang memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban berasaskan kepada pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Setelah empat tahun diperkenalkan, timbul persoalan adakah rakyat Malaysia benar-benar menerima pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan hari ini? Dan sejauh manakah pula sumber maklumat, pengetahuan, kefahaman dan reaksi mempengaruhi penerimaan rakyat Malaysia terhadap gagasan Islam Hadhari? Hasil tinjauan yang dijalankan ke atas 2,063 orang responden dari pelbagai strata sosial di seluruh negara mendapati faktor sumber maklumat, kefahaman dan reaksi merupakan peramal yang signifikan kepada penerimaan rakyat terhadap gagasan Islam Hadhari. Berdasarkan kepada dapatan kajian, beberapa cadangan dan syor untuk meningkatkan tahap penerimaan rakyat terhadap Islam Hadhari turut dikemukakan.
Pages: 109
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.