Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773808
Title: Transformasi dalam gerakan dakwah Islam pasca merdeka; tinjauan sosio-perundangan
Authors: Zahari Mahad Musa
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Dakwah
Masyarakat Islam
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Perkembangan gerakan dakwah Islam dalam masyarakat Malaysia mempunyai sejarah yang panjang seiring dengan kedatangan Islam sejak kurun ke-14 Masihi, iaitu sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lagi. Secara umumnya setelah mencapai 50 tahun kemerdekaan, terdapat pelbagai aliran dalam perjuangan gerakan dakwah ini yang secara tidak langsung memberi impak kepada budaya masyarakat Islam setempat. Bermula dengan aliran tradisional sehingga gerakan reformis mahupun disifatkan sebagai "militan" telah meletakkan hasrat dan perjuangan yang hampir sama iaitu melihat umat Islam di Malaysia mengamalkan Islam seperti mana yang dituntut oleh ajaran agama. Kertas kerja ini bertujuan meninjau perkembangan gerakan dakwah di Malaysia selepas merdeka dan impak kepelbagaiannya kepada perjuangan dakwah Islam. Tumpuan penulisan akan dibuat dari sudut sosio-perundangan dengan melihat pengaruh dan penerimaan masyarakat serta kawalan perundangan terhadap gerakan dakwah Islam yang sedia ada.
Pages: 108
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.