Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773800
Title: Prestasi Barisan Nasional: analisis terhadap pola pengundian dalam Pilihanraya Umum ke-12
Authors: Mohd Sobhi Ishak
Muslimin Wallang
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Parti politik
Barisan Nasional
Pilihan raya
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Barisan Nasional merupakan parti yang menjadi tunjang kepada kerajaan di Malaysia sejak kali pertama mereka memenangi pilihanraya keempat pada tahun 1974. Sejak itu, Barisan Nasional terus menerajui Malaysia selama 34 tahun sehinggalah arena politik Malaysia dikejutkan dengan keputusan yang memeranjatkan dalam Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) baru-baru ini. Barisan Nasional ternyata gaga! mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen. Lebih mengejutkan lagi, parti pembangkang turut menawan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor selain daripada mengekalkan Kelantan. Fenomena ini mencetuskan persoalan bagaimanakah prestasi Barisan Nasional sekarang? Kertas kerja ini membincangkan pola pengundian berdasarkan keputusan PRU12. Hasil analisis menunjukkan berlaku kemerosotan teruk terhadap prestasi Barisan Nasional dalam pilihanraya ini berbanding pilihanraya-pilihanraya sebelum ini. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa rakyat melalui kuasa undian berjaya mengejutkan Barisan Nasional dari terus dibuai dengan arus pembangunan dengan memberi mandat besar kepada pembangkang. Kesannya, Barisan Nasional perlu mencatur semula strategi untuk mempastikan kewujudan mereka terus relevan.
Pages: 106
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773800
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.