Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773799
Title: | Integriti dan pilihan raya 2008 |
Authors: | Siti Alida John Abdullah Samihah Khalil Yusramizza Md Isa @ Yusuff |
Conference Name: | The 6th International Malaysian Studies Conference |
Keywords: | Rasuah Integriti Kepimpinan Pilihan raya |
Conference Date: | 2008-08-05 |
Conference Location: | Kuching, Sarawak |
Abstract: | Teori-teori pembangunan mendapati bahawa setelah keperluan asas dipenuhi, individu akan berganjak kepada peringkat keperluan yang lebih tinggi seperti pembangunan dan penghargaan diri, penekanan terhadap kepentingan sosial dan keperluan berpolitik. Di Malaysia hari ini, masyarakat bukan sahaja menilai pembangunan dari aspek fizikal tetapi juga dari perspektif moral dan spiritual. lni bermakna isu integriti merupakan antara persoalan penting bagi masyarakat untuk menilai prestasi dan pencapaian kerajaan. Salah satu daripada faktor yang mencorakkan keputusan PRU 12 yang lalu ialah kerapuhan aspek integriti dari segi dasar dan pelaksanaan oleh kerajaan dan jenteranya. lntegriti yang lemah menggalakkan kegiatan rasuah, salah guna kuasa dan konflik kepentingan. Golongan belia didapati tidak dapat membezakan kegiatan yang ditakrifkan sebagai rasuah dengan kegiatan yang sah dari aspek perundangan. Golongan ini mudah menerima maklumat daripada laman-laman blog sebagai media alternatif. Tidak hairanlah dengan kerapuhan fahaman mereka tentang rasuah menyebabkan mereka mudah dipengaruhi dan beralih kepada menyokong pembangkang. Pada masa yang sama, media massa tradisional yang prokerajaan dianggap oleh masyarakat hari ini sebagai gagal memaparkan berita yang seimbang dalam isu ini. Maka, ianya ditolak sebagai penyumbang utama sumber maklumat mereka. Kajian ini mendapati kepentingan isu integriti tidak terhad kepada mana-mana kelompok etnik di Malaysia. |
Pages: | 106 |
Call Number: | LA1236.I554 2008 sem |
Publisher: | Persatuan Sains Sosial Malaysia |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773799 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.