Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773300
Title: Program keluarga Sakinah dari kacamata ekonomi: satu analisis
Authors: Muhammad Najit Sukemi
Rohayu Zainal
Sanisah Azerai
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Institusi kekeluargaan
Rumah tangga
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Hasrat melahirkan sebuah keluarga yang cemerlang, seimbang dan SAKINAH menuntut kesabaran, kesungguhan, keyakinan dan pengorbanan daripada semua pihak terutamanya anggota keluarga itu sendiri, masyarakat dan persekitaran. Kegagalan keluarga, masyarakat dan kerajaan dalam menangani permasalahan sosial menyebabkan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti keluarga bermasalah, keruntuhan akhlak, penularan masalah sosial dan lain-lain. Selain itu, peningkatan urbanisasi di kalangan masyarakat turut menjadi punca kepada peningkatan masalah sosial. Masalah-masalah ini jika tidak ditangani akhirnya akan mengakibatkan kesan langsung kepada kemerosotan produktiviti kerja seterusnya menyebabkan gangguan dalam pengeluaran. Bagi memastikan pembangunan tidak memberikan impak yang negatif dan keterlaluan kepada masyarakat, Kerajaan Negeri Johar melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) telah melaksanakan Modul Keluarga SAKINAH (MKS) dengan visi mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan sejahtera, beriltizam, harmoni dan cemerlang melalui pelbagai program yang dirangka yang meliputi pelbagai aspek. Sehubungan dengan itu, kertas ini cuba melihat penilaian ekonomi terhadap perlaksanaan MKS anjuran YPKDT dan adakah masyarakat sanggup membayar bagi menghadirkan diri ke program MKS ini?. Pengkaji akan menggunakan Kaedah Penilaian Kontingen (CVM) berdasarkan kesanggupan membayar responden bagi memperoleh nilai perkhidmatan tersebut. Hasil kajian mendapati, kesanggupan membayar responden mempunyai pengaruh dalam mempengaruhi responden untuk ke program tersebut.
Pages: 103-104
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.