Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773278
Title: Terendak Igan: warisan Melanau diambang kepupusan
Authors: Safarina Abdul Gapor
Nor Hafizah Selamat
Mohd Khairuddin Mohad Sallehuddin
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Warisan budaya
Masyarakat Melanau -- Sarawak
Terendak
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Secara amnya, budaya merujuk kepada cara hidup manusia. la merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok untuk terus menjalani kehidupan seharian. Pelbagai budaya diwujudkan oleh manusia untuk memudahkan kehidupan harian mereka. lnisiatif yang berteraskan budaya boleh dimanfaatkan daripada kemahiran dan budaya masyarakat setempat, yang mana boleh dijadikan satu kaedah berkesan untuk perkembangan sosio-ekonomi dan menggalakkan kepelbagaian budaya global. lnisiatif sebegini juga boleh menerapkan keyakinan jatidiri kepada sesuatu masyarakat yang mana boleh memberi kesan positif ke atas pembangunan masyarakat secara amnya. Terendak lgan atau panggilan tempatanya sra'o, merupakan topi yang berbentuk kon yang mempunyai simbol kebudayaan tinggi dalam kalangan masyarakat Melanau di Sarawak. Walaupun masyarakat Melanau lain juga menghasilkan terendak yang berbeza corak, contohnya terendak Matu dan Bintulu, namun terendak lgan tetap unggul sebagai satu manifestasi simbol kebudayaan masyarakat Melanau. Terendak lgan juga banyak digunakan dalam rekabentuk bangunan pejabat kerajaan, masjid dan pintu gerbang di kawasan masyarakat Melanau. Kertas kerja ini akan melihat secara spesifik terhadap pembuatan, peranan dan halangan yang dihadapi oleh industri pembuatan terendak di lgan. Kertas kerja ini juga cuba menyingkap evolusi kegunaan terendak yang mana telah mula berubah bukan sahaja sebagai pelindung daripada panas dan hujan, namun juga telah menjadi bahan perhiasan yang dikumpul oleh pelancong dan mula menempa nama sebagai cenderahati korporat di Sarawak.
Pages: 98
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773278
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.