Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772905
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Mohammad Shatar Sabran | - |
dc.date.accessioned | 2024-02-15T08:34:11Z | - |
dc.date.available | 2024-02-15T08:34:11Z | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772905 | - |
dc.description.abstract | Remaja merupakan pelapis kepada kepemimpinan negara pada masa akan datang. Kenyataan ini disokong oleh slogan yang popular iaitu Putera harapan bangsa pemudi tiang negara. Persoalannya mampukah remaja Melayu pada hari ini memikul tugas dan tanggungjawab tersebut pada masa hadapan. Berdasarkan kepada senario semasa, hasrat untuk melihat generasi remaja Melayu untuk memikul tugas dan tanggungjawab negara di masa hadapan mungkin hanya menjadi khayalan atau angan-angan sahaja kerana remaja Melayu pada hari amat rapuh dan mudah menjadi mangsa kepada budaya kuning lagi melalaikan. Keterlibatan remaja Melayu dengan pelbagai masalah sosial sepertimana yang sering dipaparkan oleh akhbar tempatan amatlah membimbangkan. Kajian mengenai keterlibatan remaja Melayu dengan masalah sosial mendapati hampir 80% daripada remaja Melayu yang ditemubual menyatakan bahawa mereka terlibat dengan pelbagai masalah sosial seperti dadah, minuman keras, seks bebas dan mencuri (Noremy, 2007). Justeru itu, kesedaran yang disusuli dengan tindakan perlulah dilaksanakan secara serius sebelum keadaan menjadi lebih kritikal. Remaja Melayu perlulah dikejutkan agar mereka tidak terus dibuai mimpi dengan kesenangan yang dinikmati sekarang. Untuk mencapai hasrat dan matlamat di atas, remaja Melayu perlu melakukan anjakan perdana secara serius. Anjakan perdana merujuk kepada pergerakkan dan penambahbaikan secara drastik di kalangan remaja Melayu dalam tiga aspek utama iaitu fizikal, sosial dan spiritual. Tiga aspek tersebut merupakan elemen terpenting dalam pembangunan sesuatu bangsa. Kekuatan dan kemantapan tiga elemen tersebut merupakan jaminan kepada kekuatan dan kecemerlangan sesebuah bangsa dan negara pada masa hadapan. Kertas kerja ini akan memfokuskan perbincangannya kepada tiga aspek tersebut. Apa dan bagaimanakah tindakan yang perlu diambil oleh remaja Melayu untuk memastikan anjakan perdana ini dapat direalisasikan dengan jayanya. Adalah diharapkan kertas kerja ini mampu membuka minda dan memberi suntikan motivasi kepada generasi remaja Melayu untuk lebih bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang tinggi. Remaja Melayu perlu membuktikan slogan Putera harapan bangsa pemudi tiang negara adalah satu realiti. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | Persatuan Sains Sosial Malaysia | en_US |
dc.subject | Jati diri | en_US |
dc.subject | Remaja | en_US |
dc.subject | Masalah sosial | en_US |
dc.title | Anjakan perdana remaja Melayu | en_US |
dc.type | Seminar Papers | en_US |
dc.format.pages | 92 | en_US |
dc.identifier.callno | LA1236.I554 2008 sem | en_US |
dc.contributor.conferencename | The 6th International Malaysian Studies Conference | - |
dc.coverage.conferencelocation | Kuching, Sarawak | - |
dc.date.conferencedate | 2008-08-05 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.