Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772874
Title: Hubungan antara sumber stres, orientasi keagamaan dan stres dalam kalangan pelajar universiti
Authors: Ferlis Bullare @ Bahari
Lailawati Madlan @ Endalan
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Pengurusan stres
Kesihatan mental
Pengurusan emosi
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara sumber stres, orientasi keagamaan dan stres pelajar di sebuah universiti, Kota Kinabalu, Sabah. Secara khususnya, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk memerihalkan profil latar belakang pelajar. Selain itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti hubungan antara sumber stres dan stres pelajar universiti. Di samping itu, kajian ini cuba mengenal pasti peranan orientasi keagamaan sebagai penyederhana dalam hubungan antara sumber stres dan stres pelajar. Kajian ini dijalankan secara tinjauan (survey) dengan menggunakan borang soal selidik. Seramai 117 orang pelajar yang berumur antara 19 hingga 22 tahun dijadikan subjek kajian. Alat kajian yang digunakan merangkumi lnstrumen Sumber Stres Pelajar (SSP) bagi mengukur sumber stres, instrumen Religious Orientation Scale (ROS) mengukur orientasi keagamaan dan instrumen Mental Health Index (MHI) yang telah diubahsuai digunakan untuk mengukur stres pelajar. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan ujian statistik inferensi melibatkan korelasi Pearson dan korelasi separa (partial correlation). Keputusan yang diperolehi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sumber stres dan ketujuh-tujuh subskalanya dengan stres yang dialami oleh pelajar universiti. Sementara itu, orientasi keagamaan didapati tidak mampu bertindak sebagai penyederhana dalam hubungan antara sumber stres dan stres yang dialami pelajar.
Pages: 85-86
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772874
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.