Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772631
Title: Pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi di kalangan pelajar melayu dalam arus globalisasi
Authors: Robiah Sidin
Juhana Salim
Nor Sakinah Mohamed
Editors: Nidzam Sulaiman
Nor Hashimah Jalaluddin
Conference Name: Prosiding Seminar Kebangsaan Arus Perdana II, Pembinaan Keupayaan Melayu Dalam Arus Globalisasi
Keywords: ICT
Teknologi
Kemahiran komputer
Conference Date: 2003-07-30
Conference Location: Pusat Komputer, UKM
Abstract: Dalam masyarakat yang hidup dalam era digital, teknologi maklumat dan komunikasi atau lebih dikenali sebagai ICT, perlu menjadi sebahagian daripada pengalaman hidup seharian setiap warga. Kerajaan Malaysia telah berusaha secara gigih untuk merealisasikan potensi ICT dalam memperbaiki kualiti pendidikan untuk semua. Walaupun pelbagai strategi telah diambil oleh agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan agensi- agensi bukan kerajaan untuk memperkenalkan ICT dan kemahiran komputer sebagai sebahagian daripada kemahiran hidup yang asas, terdapat banyak persoalan yang timbul yang memerlukan jawapan segera. Satu kajian yang melibatkan pelajar sekolah, kolej dan universiti, guru-guru dan pensyarah telah dijalankan untuk melihat kesediaan dan penerimaan remaja untuk ICT, kemudahan yang ada dan sejauh manakah komputer digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Beberapa soalan kajian yang dimajukan termasuklah: Sejauh manakah sekolah di Malaysia bersedia untuk perkembangan baru ini? Apakah status prasarana, kemudahan dan sumber-sumber yang berkaitan? Sejauh manakah guru dan pensyarah bersedia untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran? Apakah program-program komputer yang kerap digunakan dan adakah terdapat komunikasi terbuka antara pelajar dan pengajar dalam kelas. Data yang dianalisis diperbandingkan berdasarkan angkubah bandar dan luar bandar, kaum dan jenis sekolah.
Pages: 193-225
Call Number: DS595.2.M3.S427 2003 sem
Publisher: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.