Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772630
Title: | Tahap orientasi sains keusahawanan di kalangan pelajar melayu ; ke arah persediaan untuk globalisasi |
Authors: | Lilia Halim Nor Aishah Buang Khalijah Mohd Salleh |
Editors: | Nidzam Sulaiman Nor Hashimah Jalaluddin |
Conference Name: | Prosiding Seminar Kebangsaan Arus Perdana II, Pembinaan Keupayaan Melayu Dalam Arus Globalisasi |
Keywords: | Melayu Keusahawanan Saintis usahawan |
Conference Date: | 2003-07-30 |
Conference Location: | Pusat Komputer, UKM |
Abstract: | Kelangsungan negara berdepan dengan cabaran globalisasi memerlukan negara mempunyai sumber manusia yang bukan hanya mempunyai keterampilan penyelidikan dan pembangunan sains dan teknologi tetapi disertai dengan keupayaan menginovasi secara kreatif. Negara kita khususnya merujuk kepada Melayu memperlihatkan tanda-tanda kesukaran menangani cabaran-cabaran globalisasi. Ini kerana dua faktor utama: penurunan enrolmen pelajar sains peringkat menengah dan prestasi pelajar Melayu yang umumnya masih rendah. Bagi tujuan mengatasi masalah adalah dicadangkan supaya pendidikan sains melahirkan saintis usahawan. Adalah menjadi tujuan penyelidikan ini untuk meninjau sejauh manakah orientasi keusahawanan para pelajar sains menengah dan apakah tahap kemahiran proses sains mereka. Dapatan kajian menunjukkan serilmai 65 peratus pelajar Melayu daripada 953 yang terlibat dalam kajian mempunyai kemahiran proses sains dan orientasi keusahawanan yang baik. Sementara pengamal saintis usahawan telah berjaya menggabungkan kemahiran proses sains berteraskan penyelidikan dan pembangunan dengan nilai keusahawanan yang menekankan inovasi secara kreatif bagi tujuan pemasaran di samping memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Jmplikasi daripada hasil dapatan kajian ialah pengenalan kurikulum sains dan teknologi keusahawanan yang diharap akhirnya dapat menarik lebih ramai pelajar mengambil sains di sekolah seterusnya ke peringkat universiti untuk melahirkan saintis usahawan yang boleh berdepan dengan cabaran globalisasi. |
Pages: | 153-193 |
Call Number: | DS595.2.M3.S427 2003 sem |
Publisher: | Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.