Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772397
Title: Undang-undang berkaitan kerajaan tempatan : penguatkuasaan dan senario pluralisme
Authors: Muhammad Shamshinor Abdul Azzis
Ishak Muhammad
Noor Fadhzana Mohd Noor
Afi Roshezry Hj Abu Bakar
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Pihak berkuasa tempatan
Penguatkuasaan undang-undang
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah sebuah 'kerajaan' yang memainkan peranan penting dalam merencanakan kestabilan sosial di kawasan setempat. Dalam senario masyarakat majmuk di Malaysia, pihak berkuasa tempatan turut dipertanggungjawabkan sebagai medium untuk menggubal dan melaksanakan undang-undang yang saksama dalam suasana kepelbagaian budaya kepada komuniti lokal. Penubuhan sesebuah kerajaan tempatan melalui konsep desentralisasi dan devolusi (penyerahan kuasa); pihak berkuasa tempatan seharusnya menyedari kepentingan toleransi budaya dalam penguatkuasaan undang- undang serta memperkasakan undang-undang dengan penuh integriti, akauntabiliti dan toleransi kepada masyarakat setempat. Namun, tanggungjawab dalam menguatkuasakan undang-undang ini kadangkala 'terancam' dengan beberapa isu berkaitan pluralisme kebudayaan dalam etnik yang pelbagai. Adalah diharapkan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah 'kerajaan' untuk masyarakat setempat yang pluralistik, PBT turut memperkasakan penyertaan rakyat. Dengan penguatkuasaan peranan oleh pihak berkuasa tempatan serta penyertaan komuniti lokal , adalah diharapkan agar ketenteraman sosial dan proses pembangunan mapan di kawasan setempat dapat diteruskan secara efisien.
Pages: 82
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772397
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.