Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644561
Title: Kesalahan memandu mabuk dan hukumannya menurut perundangan sivil di Malaysia dan Islam
Authors: Amira Adila Sabri (P104126)
Supervisor: Wafaa Yusof, Dr.
Keywords: Drunkenness (Islamic law) -- Malaysia
Drunk driving -- Law and legislation -- Malaysia
Drinking and traffic accidents -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2023
Abstract: Kes kemalangan jalan raya yang meningkat naik akibat pemanduan mabuk di Malaysia mencetuskan pelbagai spekulasi serta persoalan daripada pelbagai pihak. Elemen pensabitan yang longgar, hukuman dan denda yang tidak berpadanan dengan kesan kemalangan dikritik sebahagian pihak. Hasil daripada desakan serta kerjasama pihak berautoriti, pindaan ke atas Seksyen 44(1) dan Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dikuatkuasakan. Namun begitu, bilangan kes masih lagi meningkat. Sehubungan itu, kajian ini dikemukakan untuk mengutarakan penambahbaikan terhadap peruntukan sedia ada khususnya bagi Seksyen 44(1) dan Seksyen 44(1A) berdasarkan pengintegrasian bersama perundangan Islam. Persamaan dan perbezaan di antara perundangan Malaysia dan perundangan Islam dilakukan bagi mencari titik penambahbaikan bagi mengisi lacuna yang berlaku. Perbandingan ditumpukan kepada aspek pensabitan, penghukuman dan pembelaan kedua-dua perundangan. Metodologi bagi kajian ini adalah kualitatif menerusi kaedah kepustakaan dan dianalisis secara tematik, komparatif dan deskriptif. Hasil kajian ini mendapati elemen pensabitan serta penghukuman bagi kes kemalangan jalan raya disebabkan pemandu mabuk masih tidak mencapai tahap teori pencegahan dan pembelaan yang sewajarnya selain dilihat mempunyai sistem birokrasi tersendiri dan ketetapan yang bersifat abstrak. Berbeza bagi perundangan Islam yang telah mengamalkan pencegahan menerusi elemen pensabitan yang ketat bahkan terdapat korelasi fungsi antara hukuman dan pembelaan yang lebih efisien dan jelas. Justeru, konsep dan falsafah perundangan Islam wajar diimplementasi dalam perundangan sedia ada dan berpotensi untuk diintegrasikan bersama demi kebaikan serta keadilan baik mangsa mahupun pesalah sendiri.
Pages: 139
Call Number: BP158.D7A465 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesalahan memandu mabuk dan hukumannya menurut perundangan sivil di malaysia dan islam.pdf
  Restricted Access
Full-text2.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.