Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644558
Title: Hubungan kemasyarakatan antara agama menurut al-Quran dan bible
Authors: Mirzatul Aqilah Mat Nor (P98351)
Supervisor: Yusri Mohamad Ramli, Dr.
Keywords: Islam -- Relations -- Christianity
Religions -- Relations
Social interaction -- Religious aspects
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-May-2023
Abstract: Dalam membentuk keharmonian hubungan masyarakat pelbagai agama dan budaya, ia sangat memerlukan kepada sifat kebersamaan dan kerjasama daripada semua masyarakat. Setiap agama yang wujud mengajarkan kebaikan meliputi seluruh aspek kehidupan penganutnya. Namun dalam hubungan kemasyarakatan antara agama pelbagai permasalahan dikenalpasti yang boleh merosakkan hubungan tersebut merangkumi sifat prasangka buruk terhadap agama lain, kelunturan nilai persaudaraan dan juga pengabaian terhadap urusan agama. Selaras dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan kemasyarakatan antara agama menurut al-Quran dan Bible, di samping untuk menganalisis secara perbandingan tema-tema hubungan kemasyarakatan antara agama dalam teks suci agama Islam dan Kristian tersebut. Bagi mencapai tujuan berkenaan, kaedah penyelidikan berbentuk kualitatif digunakan dengan reka bentuk kajian deskriptif yang membanding antara dua teks iaitu al-Quran dan Bible. Kaedah pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen terhadap kedua teks tersebut selaku bahan primier kajian manakala tafsir-tafsir daripada kedua teks agama pula selaku bahan sekunder kajian. Bahan-bahan tersebut dianalisis untuk memahami dengan lebih terperinci ayat-ayat menyentuh tema-tema berkaitan. Melalui analisis kandungan tersebut, tema-tema hubungan kemasyarakatan antara agama yang dikenalpasti iaitu misi dakwah, berkenal-kenalan dan tolong menolong, hormat menghormati, kebaikan dan keadilan, kesepaduan sosial dan juga mengasihi sesama manusia. Analisis tersebut menggunakan instrumen kajian iaitu perisian Atlas.ti bagi memudahkan pengkodan tema-tema berkenaan. Berdasarkan tema yang dibentuk, kajian mendapati terdapat persamaan dan perbezaan tema dalam kedua-dua teks agama tersebut. Persamaan tema yang dihasilkan daripada kedua teks agama ini ialah tema misi dakwah, berkenal-kenalan dan tolong menolong, hormat menghormati, kebaikan dan keadilan dan juga mengasihi sesama manusia. Manakala tema kesepaduan sosial pula dikenal pasti sebagai tema berbeza antara dua teks agama ini. Tema-tema yang ditemukan ini dapat dijadikan asas utama bagi menjaga keharmonian hubungan antara agama dan juga dapat memberikan kefahaman kepada masyarakat berkaitan dengan kepentingan hubungan tersebut dalam kehidupan bermasyarakat.
Pages: 211
Call Number: BP172.M537 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Hubungan kemaysrakatan antara agama menurut al quran dan bible.pdf
  Restricted Access
Full-text2.34 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.