Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644558
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorYusri Mohamad Ramli, Dr.en_US
dc.contributor.authorMirzatul Aqilah Mat Nor (P98351)en_US
dc.date.accessioned2023-11-30T07:32:06Z-
dc.date.available2023-11-30T07:32:06Z-
dc.date.issued2023-05-12-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644558-
dc.description.abstractDalam membentuk keharmonian hubungan masyarakat pelbagai agama dan budaya, ia sangat memerlukan kepada sifat kebersamaan dan kerjasama daripada semua masyarakat. Setiap agama yang wujud mengajarkan kebaikan meliputi seluruh aspek kehidupan penganutnya. Namun dalam hubungan kemasyarakatan antara agama pelbagai permasalahan dikenalpasti yang boleh merosakkan hubungan tersebut merangkumi sifat prasangka buruk terhadap agama lain, kelunturan nilai persaudaraan dan juga pengabaian terhadap urusan agama. Selaras dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan kemasyarakatan antara agama menurut al-Quran dan Bible, di samping untuk menganalisis secara perbandingan tema-tema hubungan kemasyarakatan antara agama dalam teks suci agama Islam dan Kristian tersebut. Bagi mencapai tujuan berkenaan, kaedah penyelidikan berbentuk kualitatif digunakan dengan reka bentuk kajian deskriptif yang membanding antara dua teks iaitu al-Quran dan Bible. Kaedah pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen terhadap kedua teks tersebut selaku bahan primier kajian manakala tafsir-tafsir daripada kedua teks agama pula selaku bahan sekunder kajian. Bahan-bahan tersebut dianalisis untuk memahami dengan lebih terperinci ayat-ayat menyentuh tema-tema berkaitan. Melalui analisis kandungan tersebut, tema-tema hubungan kemasyarakatan antara agama yang dikenalpasti iaitu misi dakwah, berkenal-kenalan dan tolong menolong, hormat menghormati, kebaikan dan keadilan, kesepaduan sosial dan juga mengasihi sesama manusia. Analisis tersebut menggunakan instrumen kajian iaitu perisian Atlas.ti bagi memudahkan pengkodan tema-tema berkenaan. Berdasarkan tema yang dibentuk, kajian mendapati terdapat persamaan dan perbezaan tema dalam kedua-dua teks agama tersebut. Persamaan tema yang dihasilkan daripada kedua teks agama ini ialah tema misi dakwah, berkenal-kenalan dan tolong menolong, hormat menghormati, kebaikan dan keadilan dan juga mengasihi sesama manusia. Manakala tema kesepaduan sosial pula dikenal pasti sebagai tema berbeza antara dua teks agama ini. Tema-tema yang ditemukan ini dapat dijadikan asas utama bagi menjaga keharmonian hubungan antara agama dan juga dapat memberikan kefahaman kepada masyarakat berkaitan dengan kepentingan hubungan tersebut dalam kehidupan bermasyarakat.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectIslam -- Relations -- Christianityen_US
dc.subjectReligions -- Relationsen_US
dc.subjectSocial interaction -- Religious aspectsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleHubungan kemasyarakatan antara agama menurut al-Quran dan bibleen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages211en_US
dc.identifier.callnoBP172.M537 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007063en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Hubungan kemaysrakatan antara agama menurut al quran dan bible.pdf
  Restricted Access
Full-text2.34 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.