Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/626906
Title: Ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah menengah harian bahagian pedalaman Sabah
Authors: Ng Kah Ghor
Naimah Yusoff
Vincent Pang
Sabariah Sharif
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Murid -- Tingkah laku
Motivasi dalam pendidikan
Pengangkutan
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk meninjau masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah menengah harian di Sahagian Pedalaman Sabah. Kajian ini bertujuan mengenal pasti keseriusan ponteng sekolah dan hubungan antara tahap ponteng dengan faktor ponteng sekolah. Reka bentuk kajian adalah berasaskan reka bentuk kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Persampelan kajian merupakan persampelan bertujuan yang melibatkan murid Tingkatan 4 di lima buah sekolah menengah harian di daerah Keningau dan Tenom. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dan inferen dengan menggunakan ujian statistik korelasi. Hasil kajian telah menunjukkan masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 sekolah menengah harian Sahagian Pedalaman Sabah adalah kurang serius tetapi berpotensi untuk menjadi kritikal jika tiada usaha pembenterasan dilakukan. Kajian ini telah mendapati faktor utama ponteng sekolah adalah berpunca dari masalah pengangkutan, persekitaran dan keadaan keluarga yang kurang kondusif, sikap kurang pentingkan pelajaran, dan kurang aspirasi tinggi, serta masalah persekolahan seperti guru dan kurikulum. Aspek pengaruh rakan sebaya didapati kurang signifikan hubungannya dengan salah laku ponteng sekolah. Oleh itu, pihak kementerian perlu memikirkan keperluan asrama untuk mengurangkan masalah pengangkutan dan menyediakan persekitaran bilis darjah dan sekolah yang lebih kondusif untuk merangsang pembelajaran. Pihak sekolah juga terutamanya guru, boleh memainkan peranan penting dari segi peningkatan motivasi pelajar melalui pelaksanaan kurikulum pengajaran dan pembelajaran yang menarik bagi menarik minat relajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pages: 63
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/626906
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.