Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/616526
Title: | Modal insan dalam pembentukan tamadun bangsa: wanita yang tidak berkarier sebagai fokus utama |
Authors: | Ratna Roshida Ab Razak |
Conference Name: | The 6th International Malaysian Studies Conference |
Keywords: | Wanita Kerjaya Modal insan |
Conference Date: | 2008-08-05 |
Conference Location: | Kuching, Sarawak |
Abstract: | Dalam pembentukan sebuah tamadun, perkara pokok yang mendasari pembinaannya ialah manusia. Manusia inilah yang akan melahirkan, membentuk, memantap dan memanfaatkan segala sistem dan organisasi social, segala kemajuan ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, meliputi keindahan dah kehalusan seni, ketertiban dan kerukunan hukum dan undang-undang dan segala prasarana kemudahan alam. Sama ada golongan lelaki atau wanita, kedua-duanya perlu memainkan peranan penting untuk sama-sam'a memakmurkan muka bumi ini melalui saluran atau laluan mereka yang tersendiri. Sebagai aset penting dalam pembangunan bangsa dan negara, wanita sentiasa diberi perhatian demi memastikan "sumber" yang amat bernilai ini dapat d_igunakan dengan sebaik yang mungkin. Karier yang dipilih oleh wanita bersesuaian dengan firtah kejadiannya merupakan saluran untuk mereka turut sama menyumbang kepada pembangunan negara. Waiau bagaimanapun terdapat wanita yang memilih untuk tidak berkarier dan menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap pembangunan keluarga. Apakah dengan cara ini golongan wanita sebenarnya melakukan satu sumbangan yang amat besar lantaran keselurahan masa yang ada padanya digunakan untuk memperkasakan insitusi keluarga, atau adakah negara telah kehilangan sumber manusia yang sepatutnya turut sama melibatkan diri mereka dalam apa jua pekerjaan demi merancakkan pembangunan negara? Justeru kertas kerja ini akan cuba melihat bagaimana kedudukan dan peranan golongan wanita yang tidak berkarier dalam pembentukan tamadun bangsa, khususnya bangsa Malaysia. |
Pages: | 57 |
Call Number: | LA1236.I554 2008 sem |
Publisher: | Persatuan Sains Sosial Malaysia |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/616526 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.