Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577612
Title: Jenis dan fungsi sapaan serta persepsi kesantunan dalam interaksi di kaunter pertanyaan
Authors: Marlyna Maros (UKM)
Mohd. Baharim Mayidin (UTM)
Keywords: Lakuan bahasa sapaan
Kesantunan
Komunikasi fatik
Kecekapan komunikasi
Konteks
Persepsi
Issue Date: 2011
Description: Makalah ini membentangkan hasil kajian tentang jenis kata sapaan, fungsinya, dan persepsi responden terhadap aspek kesantunan dalam memberikan sapaan sewaktu berinteraksi di kaunter pertanyaan. Pembentangan ini merupakan hasil kajian berpandukan kerangka kesantunan dan kebudayaan Melayu yang mengandaikan ucapan salam sekurang-kurangnya diberikan semasa bertemu atau memulakan bicara. Andaian ini menjadi asas untuk melihat perlakuan sapaan dalam konteks interaksi di kaunter pertanyaan dan menghubungkaitkan konsep kesantunan dengan konsep komunikasi fatik dan kecekapan berkomunikasi. Kaunter pertanyaan di sebuah pusat beli-belah menjadi tempat pemerhatian awal dan seterusnya pengumpulan data dengan menggunakan senarai semak pemerhatian sapaan yang dibina daripada pemerhatian awal. Seterusnya, temu bual terancang dengan responden terpilih dirakamkan berdasarkan pensampelan mudah. Dapatan utama kajian ini menunjukkan bahawa lakuan sapaan kurang diamalkan dalam urusan di kaunter pertanyaan di pusat beli-belah bukan kerana penutur tidak cekap dalam berkomunikasi atau kurang ilmu dalam kesantunan berbahasa dalam budaya Melayu, tetapi kerana pengaruh tempat berlakunya interaksi itu. Seterusnya, rincian dapatan dan keseluruhan perbincangan menyumbang pertambahan korpus dan khazanah ilmu kesantunan Melayu di Malaysia.
News Source: Jurnal Bahasa
ISSN: 1511-9084
Volume: 11
Pages: 219-234
Call Number: Siri P81.J6
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_78126+Source01+Source010.PDF358.91 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.