Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577397
Title: Strategi penterjemahan nilai dan kepercayaan dalam novel sungai mengalir lesu
Authors: Nur Hafeza Ahmad Marekan (USM)
Goh Sang Seong (USM)
Keywords: Budaya
Mentifak
Terjemahan dokumentari
Terjemahan instrumental
Issue Date: Jun-2013
Description: Makalah ini membincangkan penterjemahan mentifak unsur kepercayaan dan nilai daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Penelitian berfokus pada strategi terjemahan unsur kepercayaan dan nilai. Faktor yang mempengaruhi pemilihan strategi penterjemahan kepercayaan dan nilai ini turut dibincangkan. Data yang dianalisis dipetik daripada novel Sungai Mengalir Lesu, karya A. Samad Said (1967) yang telah diterjemahkan oleh Aveling (1981). Kajian ini memanfaatkan pendekatan dokumentari dan instrumental oleh Nord (1997) untuk meneliti strategi penterjemahan unsur kepercayaan dan nilai. Konsep makna situasi oleh Larson (1984), definisi nilai dan kepercayaan oleh Katan (2004) serta definisi mentifak oleh Huxley (1957) turut dimanfaatkan untuk Mengenal pasti unsur nilai dan kepercayaan, serta mesejnya dalam teks sumber. Didapati bahawa unsur nilai dan kepercayaan dalam bahasa sumber yang berkongsi medan semantik budaya yang serupa dengan nilai dan kepercayaan dalam bahasa sasaran lebih cenderung disampaikan kembali dalam teks terjemahan melalui pendekatan dokumentari,manakala unsur nilai dan kepercayaan dalam bahasa sumber yang tidak wujud dalam bahasa sasaran lebih kerap diterjemahkan dengan menggunakan pendekatan instrumental.
News Source: Jurnal Bahasa
ISSN: 1511-9084
Volume: 13
Pages: 273-291
Call Number: Siri P81.J6
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_77761+Source01+Source010.PDF397.22 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.