Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519698
Title: | Sifat mekanik dan ketahanlasakan komposit bersimen teradun abu enapcemar alum dan gentian kenaf terawat |
Authors: | Roziyah Ahmad (P78645) |
Supervisor: | Roszilah Hamid, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Cement composites Composite materials Kenaf Sewage sludge ash |
Issue Date: | 6-Oct-2019 |
Description: | Peningkatan kesedaran kesan pencemaran industri terhadap alam sekitar memacu sektor pembinaan dan pengeluar mencari bahan inovatif, sumber yang boleh diperbaharui serta kukuh bagi meningkatkan penggunaan gentian semulajadi kenaf dan bahan buangan industri iaitu enapcemar alum (AS) dalam membangunkan konkrit berprestasi tinggi dengan kekuatan antara 50-100 MPa. Kajian dilaksanakan bagi menilai keberkesanan penambahan gentian kenaf terawat dan penggantian simen Portland (OPC) dengan bahan pozzolan seperti AASA, NS dan NC. Kekangan terhadap penggunaan gentian kenaf adalah sensitiviti terhadap air yang menyebabkan sifat mekanik serta ketahanlasakan menurun kerana ketidakserasian gentian hidrofilik dengan matriks bersifat hidrofobik. Fasa pertama kajian ini merupakan rawatan kimia (alkalisasi) menggunakan sodium bikarbonat (NaHCO₃) dan rawatan fizik (haba) terhadap gentian kenaf dengan kepekatan, tempoh rendaman, suhu, serta masa berbeza. Fasa kedua merupakan proses reka bentuk bancuhan menggunakan 2% gentian kenaf terawat (orientasi secara rawak dan sehala) serta penggantian abu enapcemar alum diaktifkan (AASA), nano silika (NS), dan tanah liat nano (NC) dengan peratusan berbeza mengikut jisim OPC beserta pengujian sifat kejuruteraan. Manakala fasa ketiga adalah penentuan ketahanlasakan komposit bersimen dengan kaedah penuaan dipercepat (kesan suhu terpecut dan kitaran basah/kering). Keputusan kajian menunjukkan rawatan kimia optima (6% selama 72 jam) dan haba (70 °C selama 24 jam) meningkatkan nilai kekuatan tegangan gentian terawat sehingga 76.2% serta menurunkan ketumpatan dan diameter gentian masing-masing sebanyak 5% dan 20% serta penurunan kadar resapan air sebanyak 85% berbanding gentian tidak terawat. Penggantian optima AASA, NS, dan NC (50%, 4%, dan 2%) dengan orientasi gentian secara rawak turut meningkatkan prestasi komposit bersimen. Kekuatan mampatan meningkat 27.16-54.23 MPa, kekuatan tegangan 1.80-4.80 MPa, dan kekuatan lenturan 5.64-8.05 MPa dengan penurunan ketumpatan 16.5% dan kadar resapan klorida 5.21-12.5%. Manakala ujian dengan parameter sama bagi spesimen dengan orientasi gentian sehala menunjukkan penurunan cirian kejuruteraan antara 8.4-12.5%. Gabungan bahan pozzolan dan gentian kenaf terawat dengan orientasi gentian secara rawak membantu memperbaiki prestasi ketahanlasakan dan menurunkan kadar degradasi bahan dalam komposit bersimen. Komposit bersimen bergentian kenaf terawat mencatatkan penurunan degradasi gentian (3.0-8.6%), keliangan (2.05-10.5%) dan resapan klorida (44.8-68.0%). Selepas proses penuaan terpecut, kekuatan mampatan spesimen mengandungi AASA dan NC meningkat (9.8- 19.5%) serta ketumpatan menurun (84.2-93.2%) berbanding spesimen kawalan. Hasil kajian telah disokong dengan analisis mikroskopik elektron (SEM) dan belauan sinarX (XRD) yang menunjukkan mikrostruktur bahan dalam komposit bersimen diperkukuh gentian kenaf terawat dipertingkat melalui modifikasi gentian (fizik serta mekanik) dan matriks simen (pengkalsinan bahan pozzolan). Melalui kombinasi kaedah modifikasi, peningkatan ketara terhadap sifat-sifat fizik, mekanik, dan ketahanlasakan gentian serta komposit, ikatan antara muka gentian-matriks dapat ditingkatkan, manakala sifat hidrofilik gentian serta proses penyerapan lembapan dapat diminimakan. AASA merupakan alternatif baru bahan pozzolan kelas N yang boleh digunakan sebagai bahan pengganti bersimen yang aktif dalam meningkatkan kekuatan serta ketahanlasakan komposit bersimen diperkukuh gentian kenaf terawat.,Salinan lembut tidak boleh dimuatnaik,Ph.D. |
Pages: | 303 |
Call Number: | TA438.R839 2019 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.