Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519457
Title: | Fitoremediasi arsenik menggunakan tumbuhan terestrial Ludwigia octovalvis |
Authors: | Harmin Sulistiyaning Titah (P44174) |
Supervisor: | Siti Rozaimah Sheikh Abdullah, Prof. Madya. Ir. Dr. |
Keywords: | Fitoremediasi Arsenik Tumbuhan terestrial Ludwigia octovalvis Phytoremediation |
Issue Date: | 14-Jun-2013 |
Description: | Pada masa ini terdapat banyak jenis teknologi untuk memulihkan kawasan yang tercemar dengan logam berat. Salah satu teknologi yang tergolong dalam teknologi hijau ialah remediasi tanah dan air tanah yang tercemar logam berat menggunakan tumbuhan bagi memulihkan kawasan yang tercemar. Teknologi ini dikenali sebagai fitoremediasi yang merupakan teknologi baru di negara Malaysia dan wilayah tropika. Antara kelebihan fitoremediasi ialah kos yang efektif, mesra dengan persekitaran, dan juga dapat digunakan sebagai alternatif biotenaga. Kajian ini dilakukan untuk memperbanyakkan pengkalan data berkenaan kesesuaian tumbuhan tempatan yang boleh digunakan dalam fitoremediasi terutama arsenik (As) bukan organik dalam bentuk arsenat [As(V)] dan mengenalpasti kebolehlaksanaan tumbuhan tersebut dalam fitoremediasi As. Antara objektif kajian yang perlu dicapai adalah untuk menentukan kepekatan maksimum As yang boleh diambil oleh tumbuhan terestrial (Ludwigia octovalvis) dalam fitoremediasi, mengenalpasti peranan bakteria pada akar L. octovalvis yang mempunyai kaitan dengan fitoremediasi, menentukan mekanisme pengambilan mahupun proses penumpukan As oleh L. octovalvis, dan mengoptimumkan proses fitoremediasi As menggunakan tapak tumbuhan loji pandu. Kajian yang dilakukan meliputi ujikaji fitotoksisiti As, ujikaji pemencilan rizobakteria, ujikaji fitoremediasi menggunakan tapak tumbuhan loji pandu serta pengoptimuman proses fitoremediasi As. Keputusan pemencilan rizobakteria daripada akar L. octovalvis menunjukkan lima Gram positif dan lima Gram negatif yang mempunyai ketahanan terhadap As. Sphingomonas paucimobilis merupakan rizobakteria yang mempunyai keupayaan biopenumpukan As paling tinggi di antara 9 rizobakteria lainnya. Berasaskan analisis SEM-EDX dan TEM menunjukkan ada perbezaan antara S. paucimobilis pada kawalan dengan yang terdedah oleh As. L. octovalvis dapat bertahan sehingga kepekatan As sebanyak 39 mg kg-1 selama 35 hari pendedahan pada masa ujikaji fitotoksisiti lanjutan. Kepekatan As pada keseluruhan L. octovalvis pada akhir pendedahan (91 hari) mencapai 3150.6 � 721.1 mg kg-1 dengan faktor biopenumpukan 87.7 � 4.7, faktor translokasi 1.6 � 0.1, peratusan translokasi 65.8 � 3.2% dan nilai kalori sebanyak 13,743 � 1,143 J g-1. Keputusan fitoremediasi loji pandu menunjukkan keseluruhan biopenumpukan As paling tinggi oleh L. octovalvis berlaku pada kepekatan As tertinggi (39 mg kg-1) pada masa penahanan 42 hari mencapai 1893.6 � 535.1 mg kg-1. Pengudaraan pada tapak loji pandu dapat meningkatkan penumpukan As dalam tumbuhan dan seterusnya meningkatkan kesan toksik As terhadap L. octovalvis. Keputusan pengoptimuman proses fitoremediasi dengan kepekatan 39 mg kg-1 As menunjukkan dengan penambahan konsortium enam spesis rizobakteria terpilih dan penambahan baja NPK dapat mengurangkan kesan toksik As terhadap L. octovalvis dan meningkatkan biojisim L. octovalvis, manakala keupayaan pengambilan As secara keseluruhan oleh L. octovalvis mengalami penurunan. Analisis SEM-EDX pada akar, batang serta daun L. octovalvis menunjukkan perbezaan nyata antara kawalan dengan yang terdedah As. Secara kesimpulannya, L. octovalvis merupakan tumbuhan hipertumpukan As yang sensitif terhadap As dan L. octovalvis dapat digunakan dalam fitoremediasi As pada kepekatan rendah semisal pada tanah pertanian tercemar oleh As kerana ia mempunyai keupayaan untuk mengambil dan menumpuk As.,Ph.D |
Pages: | 376 |
Call Number: | TD878.48.H347 2013 3 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.