Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519442
Title: Fitoremediasi Hidrokarbon Menggunakan Tumbuhan Akuatik Scirpus Mucronatus
Authors: Ipung Fitri Purwant (P44173)
Supervisor: Siti Rozaimah Sheikh Abdullah, Prof. Ir. Dr.
Keywords: Fitoremediasi
Fitoremediasi Hidrokarbon
Tumbuhan Akuatik
Scirpus Mucronatus
Phytoremediation
Issue Date: 26-Aug-2013
Description: Masalah pencemaran oleh hidrokarbon petroleum sering kali terjadi pada akhir dekad ini. Salah satu pencemaran itu adalah pencemaran tanah yang disebabkan oleh pengangkutan, kebocoran saluran paip, dan lain-lain. Kaedah untuk merawat tanah tercemar telah banyak digunakan, seperti bioventilasi, perladangan tanah, pelemahan tabii, pembakaran, pengekacaan, pembasuhan tanah, dan pengekstrakan wap tanah. Kaedah rawatan itu memerlukan kos tinggi. Fitoremediasi yang merupakan salah satu dari kaedah alternatif dalam teknologi hijau, boleh menawarkan kos rawatan jangka panjang yang lebih rendah dan mesra alam. Dalam kajian ini, kaedah rawatan fitoremediasi digunakan untuk merawat tanah tercemar diesel menggunakan spesis tumbuhan akuatik tempatan, Scirpus mucronatus dengan menganalisis jumlah hidrokarbon petroleum (TPH) dalam diesel. Penyelidikan fitoremediasi hidrokarbon petroleum dengan menggunakan tumbuhan yang berasal dari kawasan tropika belum banyak dilakukan. Dalam kajian fitotoksisiti, tumbuhan ini mampu hidup pada kepekatan diesel sehingga 20,000 mg/kg dengan penyingkiran TPH sebanyak 63%. Pada masa yang sama, kajian tentang mikrob pada akar S. mucronatus juga dijalankan kerana salah satu kaedah dalam fitoremediasi ialah rizodegradasi yang melibatkan mikrob di sekitar akar tumbuhan. Berdasarkan kajian mikrob ini, pencilan bakteria yang boleh hidup dan memberikan penyingkiran TPH sebanyak 15% telah dikenalpasti sebagai Bacillus licheniformis dan Bacillus subtilis. Kajian selanjutnya melibatkan kajian prestasi fitoremediasi menggunakan loji pandu tapak tumbuhan dengan kepekatan 0, 50, 1525 dan 3000 mg/kg diesel dengan dan tanpa pengudaraan. Dalam ujian ini, penggunaan kadar pengudaraan yang tinggi tidak memberikan penyingkiran TPH lebih tinggi. Hal ini ditunjukkan oleh peratusan penyingkiran TPH dengan pengudaraan 1L/min adalah lebih tinggi (73.8%) berbanding pengudaraan 2 L/min (69.6%) dengan kepekatan 50 mg/kg diesel pada akhir pendedahan selama 72 hari. Keputusan pada tahap ini juga menunjukkan bahawa S. mucronatus boleh mengambil TPH melalui akar dan batang tumbuhan secara mekanisma penjerapan dan penumpukan TPH dalam tisu tumbuhan. Loji pandu tapak tumbuhan mencapai penyingkiran TPH yang maksimum sebanyak 42.3% pada kepekatan 50 mg/kg diesel dengan kadar pengudaraan sebanyak 0.48 L/min dalam masa tahanan 72 hari. Selain itu, penambahan dua pencilan rizobakteria pada keadaan optimum telah meningkatkan kadar penyingkiran TPH sebanyak 51.9%. Oleh itu, S. mucronatus berupaya untuk mengurai hidrokarbon petroleum dengan bantuan rizobakteria serta menumpuk dan menjerap TPH ke dalam tumbuhan.,PhD
Pages: 363
Call Number: TD192.75 .I658 2013 3
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.