Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515825
Title: Development and evaluation of e-learning programme for casemix and clinical coding
Authors: Azam Rahimi Nodooshan (P51674)
Supervisor: Saperi Sulong, Associate Professor Dr
Keywords: Casemix
e-learning
Learning effectiveness
Satisfaction
Quality of material
Usability
Public health
Issue Date: 10-Jul-2014
Description: Walaupun permintaan tinggi untuk latihan dan perundingan dalam sistem casemix dan pengekodan klinikal, tiada program e-pembelajaran terhadap casemix dan pengekodan klinikal boleh didapati di seluruh dunia. Matlamat kajian ini adalah untuk membangunkan program pendidikan e-pembelajaran untuk casemix dan pengekodan klinikal dan menilai keberkesanan program ini. Kaedah kajian mengandungi kajian keratan rentas untuk menganalisis demografik e-pelajar, dan pre-ujian serta post-ujian quasi-eksperimen telah dilakukan untuk menilai keberkesanan program dan tahap kepuasan pengguna terhadap program. Kajiselidik pengguna akhir juga diambil kira dalam menilai kualiti sumber e-pembelajaran dan kebolehgunaan program serta kesan parameter demografik terhadap kepuasan. Keputusan menunjukkan dalam dua tahun 278 pelajar dari 40 negara berbeza dengan latar belakang pendidikan yang berbeza dan profesi yang berbeza telah meghadiri program e-pembelajaran. Kajian eksperimen telah memeriksa keputusan daripada 123 pelajar, terdiri daripada 57 e-pelajar dan 66 pelajar tradisional. Kedua-dua kumpulan berpuas hati dengan program pembelajaran. Bagaimanapun, tiada perbezaan signifikan di antara dua kaedah pendidikan dari segi tahap kepuasan (p>0.05). Pada kedua-dua kumpulan satu penambahan signifikan dalam pengetahuan terhadap sistem casemix telah didapati (p<0.05). Bagaimanapun, analisa mendedahkan bahawa purata skor penambahan kumpulan e-pelajar adalah secara signifikannya lebih tinggi daripada kumpulan tradisional. E-pembelajaran berkesan dari segi memperbaiki kemahiran pembelajaran (p<0.05 dalam post-ujian vs. pre-ujian). Dari segi kualiti bahan skor purata adalah 48.4 daripada 60 (80.7%) yang mana menunjukkan tahap kualiti yang baik. Skor purata untuk item kebolehgunaan adalah 60.61 daripada 100 yang mana memerlukan penambahbaikan selanjutnya. Akhir sekali, Chi-Square menunjukkan bahawa kecuali tahap pendidikan, tiada pembolehubah demografik mempunyai kesan signifikan terhadap kepuasan umum. Eksperimen telah menunjukkan keputusan yang sama atau lebih baik berbanding dengan pembelajaran tradisi bersemuka yang berkaitan dengan keberkesanan pembelajaran dan kepuasan pelajar. Keputusan telah menunjukkan e-pembelajaran adalah berbaloi diadakan untuk pendidikan casemix dan menjadi berfaedah untuk semua kumpulan, tidak mengira umur, jantina, kemahiran komputer dan internet.,Despite high demand for training and consultancy in case-mix system and clinical coding, there was no e-learning program on casemix education available global. This study aimed to develop an e-learning education program for casemix and clinical coding and evaluate the success of the program. Study methodology comprised of a cross-sectional survey to analyze the demographics of e-learners, and a quasi-experimental pre-test and post-test research design was conducted to evaluate the learning effectiveness and users' satisfaction level of the program. End-user surveys were also taken into consideration for evaluating quality of e-learning resources and usability of the program and the effect of the demographic parameters on satisfaction. Results showed in two years 278 learners from 40 different countries with different educational background and different profession attended to the e-learning program. The experiment study examined the result from 123 learners, consisting of 57 e-learners and 66 traditional learners. Both groups were satisfied with the learning program. However, there was no significant different between the two educational methods in term of satisfaction level (p>0.05). On both groups a significant gain in knowledge on casemix system was found (p<0.05). However, the analysis revealed that means gain scores of the e-learners group was significantly higher than traditional group. E-learning was effective in terms of improving the skill of the learning (p<0.05 in post-test vs. pre-test). In term of quality of the material the mean score was 48.4 out of 60 (80.7%) which indicate a good quality level. The mean score for the usability items was 60.61 out of 100 which needs for further improvement. Finally, Chi-Square indicated that except educational level, none of demographic variables had a significant effect on general satisfaction. The experiment has shown similar or better result comparing to traditional face-to-face teaching with regards to learning effectiveness and learners' satisfaction. The result showed e-learning is worth making available for casemix education and can be beneficial for all groups, regardless their age, Gender, computer and internet skill.,PhD
Pages: 178
Call Number: tesis WA20.5.A991d 2014 9HUKM
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80353+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.