Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513486
Title: Model pembelajaran pengaturcaraan kolaboratif E-pembelajaran berasaskan agen
Authors: Nantha Kumar Subramaniam (P28025)
Supervisor: Abdullah Mohd Zin, Prof Dr.
Keywords: Model pembelajaran pengaturcaraan
Pembelajaran pengaturcaraan kolaboratif
Kolaboratif E-pembelajaran
E-pembelajaran
E-pembelajaran berasaskan agen
Computer programming
Issue Date: 21-Mar-2012
Description: Dewasa ini banyak subjek pengaturcaraan yang menjadi teras bagi program pengajian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat yang ditawarkan secara epembelajaran. Melalui kaedah e-pembelajaran ini, salah satu pendekatannya adalah bagi pelajar berinteraksi semasa mereka dan juga dengan pengajar melalui forum perbincangan tak sinkroni yang disediakan oleh Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS). Sistem forum ini hanyalah antara muka dungu yang tidak menyediakan fungsian yang boleh meningkatkan interaksi pelajar. Justru, ia gagal meningkatkan kolaborasi pelajar yang seterusnya boleh meningkatkan pemikiran kritis pelajar yang merupakan kemahiran penting dalam pembelajaran pengaturcaraan. Bagi meningkatkan keberkesanan forum bagi tujuan pembelajaran berkolaboratif untuk pengaturcaraan, teknologi agen dilihat sebagai pilihan terbaik dengan sifat-sifatnya seperti berautonomi, bermatlamat, berupaya untuk membuat keputusan bagi pihak pengguna dan proaktif. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu persekitaran pembelajaran berkolaboratif bagi pengaturcaraan dengan menggunakan forum bersokongan agen dengan matlamat meningkatkan pemikiran kritis pelajar dan kumpulan perbincangan. Bagi mencapai matlamat tersebut, objektif spesifik kajian ini adalah (i) untuk mengenalpasti kriteria forum kolaborasi cerdas yang boleh meningkatkan pemikiran kritis di kalangan pelajar; (ii) untuk membangunkan model forum kolaborasi cerdas berasaskan agen; dan (iii) untuk menghasilkan prototaip forum kolaborasi cerdas bagi pembelajaran pengaturcaraan secara e-pembelajaran. Bagi mencapai objektif-objektif ini, teknik tinjauan, kumpulan fokus, analisis kandungan dan pembangunan prototaip telah digunakan dengan menumpukan terhadap ciri-ciri pelajar seperti jantina, umur, CGPA, lokasi pusat pembelajaran, pekerjaan, tahap pengetahuan terdahulu pengaturcaraan dan tahap keaktifan pelajar. Kriteria kumpulan yang diberikan penekanan adalah sifat komposisi kumpulan dan keaktifan pengajar. Hasil kajian mendapati hanya tahap keaktifan pelajar dan bilangan mesej yang berkualiti dan perbincangan berfasa dengan peranan pengajar yang aktif yang mempengaruhi nisbah pemikiran kritis semasa kolaborasi manakala ciri pelajar yang dikaji tidak mempunyai kesan. Berdasarkan keputusan ini serta pendekatan dalam membangunkan agen untuk persekitaran kolaboratif sokongan komputer, satu model kolaborasi cerdas bagi forum bersandarkan agen berasaskan petua dibangunkan dan seterusnya satu prototaip dibina berdasarkan model ini. Penilaian prototaip telah dilaksanakan dengan tinjauan dan analisis kandungan dengan kumpulan kawalan melalui eksperimen kuasi. Hasil tinjauan mendapati pelajar-pelajar memberikan respon yang menyakinkan iaitu 75% daripada item dalam borang soal selidik mempunyai skor purata sekurang-kurangnya 80%. Manakala dalam analisis kandungan, kebanyakan pelajar yang menggunakan forum kolaborasi cerdas mempunyai nisbah pemikiran kritis yang tinggi berbanding dengan pelajar yang menggunakan forum biasa.,PhD
Pages: 288
Call Number: QA76.6 .N338 2012 3
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74938+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.33 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.