Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513486
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdullah Mohd Zin, Prof Dr.
dc.contributor.authorNantha Kumar Subramaniam (P28025)
dc.date.accessioned2023-10-16T04:37:12Z-
dc.date.available2023-10-16T04:37:12Z-
dc.date.issued2012-03-21
dc.identifier.otherukmvital:74938
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513486-
dc.descriptionDewasa ini banyak subjek pengaturcaraan yang menjadi teras bagi program pengajian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat yang ditawarkan secara epembelajaran. Melalui kaedah e-pembelajaran ini, salah satu pendekatannya adalah bagi pelajar berinteraksi semasa mereka dan juga dengan pengajar melalui forum perbincangan tak sinkroni yang disediakan oleh Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS). Sistem forum ini hanyalah antara muka dungu yang tidak menyediakan fungsian yang boleh meningkatkan interaksi pelajar. Justru, ia gagal meningkatkan kolaborasi pelajar yang seterusnya boleh meningkatkan pemikiran kritis pelajar yang merupakan kemahiran penting dalam pembelajaran pengaturcaraan. Bagi meningkatkan keberkesanan forum bagi tujuan pembelajaran berkolaboratif untuk pengaturcaraan, teknologi agen dilihat sebagai pilihan terbaik dengan sifat-sifatnya seperti berautonomi, bermatlamat, berupaya untuk membuat keputusan bagi pihak pengguna dan proaktif. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu persekitaran pembelajaran berkolaboratif bagi pengaturcaraan dengan menggunakan forum bersokongan agen dengan matlamat meningkatkan pemikiran kritis pelajar dan kumpulan perbincangan. Bagi mencapai matlamat tersebut, objektif spesifik kajian ini adalah (i) untuk mengenalpasti kriteria forum kolaborasi cerdas yang boleh meningkatkan pemikiran kritis di kalangan pelajar; (ii) untuk membangunkan model forum kolaborasi cerdas berasaskan agen; dan (iii) untuk menghasilkan prototaip forum kolaborasi cerdas bagi pembelajaran pengaturcaraan secara e-pembelajaran. Bagi mencapai objektif-objektif ini, teknik tinjauan, kumpulan fokus, analisis kandungan dan pembangunan prototaip telah digunakan dengan menumpukan terhadap ciri-ciri pelajar seperti jantina, umur, CGPA, lokasi pusat pembelajaran, pekerjaan, tahap pengetahuan terdahulu pengaturcaraan dan tahap keaktifan pelajar. Kriteria kumpulan yang diberikan penekanan adalah sifat komposisi kumpulan dan keaktifan pengajar. Hasil kajian mendapati hanya tahap keaktifan pelajar dan bilangan mesej yang berkualiti dan perbincangan berfasa dengan peranan pengajar yang aktif yang mempengaruhi nisbah pemikiran kritis semasa kolaborasi manakala ciri pelajar yang dikaji tidak mempunyai kesan. Berdasarkan keputusan ini serta pendekatan dalam membangunkan agen untuk persekitaran kolaboratif sokongan komputer, satu model kolaborasi cerdas bagi forum bersandarkan agen berasaskan petua dibangunkan dan seterusnya satu prototaip dibina berdasarkan model ini. Penilaian prototaip telah dilaksanakan dengan tinjauan dan analisis kandungan dengan kumpulan kawalan melalui eksperimen kuasi. Hasil tinjauan mendapati pelajar-pelajar memberikan respon yang menyakinkan iaitu 75% daripada item dalam borang soal selidik mempunyai skor purata sekurang-kurangnya 80%. Manakala dalam analisis kandungan, kebanyakan pelajar yang menggunakan forum kolaborasi cerdas mempunyai nisbah pemikiran kritis yang tinggi berbanding dengan pelajar yang menggunakan forum biasa.,PhD
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectModel pembelajaran pengaturcaraan
dc.subjectPembelajaran pengaturcaraan kolaboratif
dc.subjectKolaboratif E-pembelajaran
dc.subjectE-pembelajaran
dc.subjectE-pembelajaran berasaskan agen
dc.subjectComputer programming
dc.titleModel pembelajaran pengaturcaraan kolaboratif E-pembelajaran berasaskan agen
dc.typeTheses
dc.format.pages288
dc.identifier.callnoQA76.6 .N338 2012 3
dc.identifier.barcode000416
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74938+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.33 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.