Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513372
Title: | Pendekatan hierarki kata dalam pengembangan kueri teks terjemahan Al-Quran |
Authors: | Hayati Abd Rahman (P33778) |
Supervisor: | Shahrul Azman Mohd Noah, Prof. Dr. |
Keywords: | Hierarki kata Teks terjemahan Al - Quran Information retrieval |
Issue Date: | 15-Aug-2013 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan capaian dokumen terjemahan teks bahasa Inggeris al-Quran menggunakan pendekatan hierarki kata yang dijana menggunakan model bahasa. Hierarki kata digunakan untuk mencadangkan calon kata kueri yang bermakna dalam pengembangan kueri dan digunakan dalam capaian dokumen. Kajian lampau berkenaan dengan capaian dokumen teks daripada domain yang spesifik seperti al-Quran adalah terhad. Gaya untuk mencapai dokumen jenis ini, tidak boleh bergantung kepada padanan perkataan semata-mata kerana terdapat banyak perkataan yang mempunyai pelbagai tafsiran atau makna yang dapat diulas atau diterangkan oleh pakar domain. Kajian berkaitan dengan pengembangan kueri untuk teks terjemahan al-Quran juga terbatas dan peningkatan capaian untuk dokumen ini banyak bergantung kepada interaksi dengan pengguna. Penjanaan hierarki kata memerlukan penentuan fitur atau koleksi kata yang signifikan. Memandangkan koleksi kata dalam al-Quran agak terhad, penentuan kata sangat mencabar. Dalam kajian ini, formula darjah agihan (degree of distribution) digunakan untuk menentukan indeks kata sebagai perwakilan teks terjemahan al-Quran, manakala, model bahasa digunakan bagi menentukan hubungan antara kata dalam pengindeksan. Sejumlah 558 dokumen teks terjemahan al-Quran dihasilkan untuk tujuan pengujian. Kaedah yang digunakan dalam menjanakan hierarki kata ialah kaedah subsumption dan layer-seed yang masing-masing menjanakan hierarki kata berasaskan hubungan spesifisiti dan kebersamaan. Bagi menilai keberkesanan hierarki kata terhadap capaian dokumen, pengembangan kueri digunakan. Dalam pengembangan kueri, hubungan antara kata digunakan sebagai calon kata tambahan kueri. Kata kunci dipilih daripada penyataan kueri dan pengembangan kueri dilakukan berdasarkan kepada kata kunci yang terpilih. Sejumlah 39 kueri digunakan. Daripada eksperimen yang dijalankan, hierarki kata mampu untuk mencadangkan calon kata kueri yang baik kepada kueri asal dan seterusnya meningkatkan prestasi capaian dokumen. Nilai ukuran kejituan melalui pengembangan kueri dengan menggunakan kata hierarki berasaskan hubungan kebersamaan dan hubungan spesifisiti masing-masing menunjukkan peningkatan sehingga 90% dan 40% jika dibandingkan dengan kueri asal.,Ph.D |
Pages: | 180 |
Call Number: | ZA3075.H349 2013 3 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_71381+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 8.41 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.